Quantcast
Channel: Catatan Seorang Syed
Viewing all 46 articles
Browse latest View live

SEORANG SYED OFFICIALLY TURNS 24 TODAY - HAPPY BIRTHDAY!

$
0
0
Happy Birthday Syed!

Salam and Hi! dear readers,

Alhamdulillah, tanggal 12 April 1993 Seorang Syed telah dilahirkan di salah sebuah Hospital di daerah Temerloh, iaitu Hospital Mentakab pada jam tak tahu dengan berat tak tahu hahaha (who really cares to remember all those stuff). Tapi yang pasti aku memang agak berat dan gemuk lah masa baby dulu hahaha. Dalam 3 kg kot aku lahir? Bila fikir balik semula rasa macam tak percaya yang aku dah berumur 24 tahun. Dulu-dulu aku selalu terbayang macam mana keadaan aku di umur 24 tahun. Rasa macam sempat tak aku nak cecah umur 24 tahun tu dan apa pula kerja aku. Sekarang ni semuanya dah terjawab. Walaupun hanya kerja sementara di restoran but I'm happy with what I've achieved in life

Apart from getting older, aku tak tahu apa sahaja yang berubah dekat diri aku ni haha. Rasa macam aku still insan yang sama macam mana aku waktu belasan tahun dulu. Nak kata matang, aku tak tahu aku ni matang atau tidak. Kadang-kadang rasa macam perangai aku macam budak-budak juga tapi kadang-kadang aku mampu berfikiran lebih matang juga haha. Mungkin ikut persekitaran dan dengan siapa aku bergaul kot? . Betul la orang cakap, kematangan ni bukan boleh diukur dengan umur kau. Tak semestinya semakin tua umur kau, semakin matang cara pemikiran kau. Tidak sama sekali okay!
Throwback gambar-gambar 2010-2017
Koleksi Gambar Selekeh Seorang Syed

Bila tengok balik gambar lama-lama rasa macam nak gelak terbahak-bahak juga lah! hahaha kau tengok la betapa selekehnya aku tahun 2010 dulu. Masa tu aku form 5, aku tak tahu kenapa aku yakin sangat pakai samping warna biru dengan baju warna coklat? aku tak tahu mana aku dapat sumber keyakinan tu! hahaha time tu aku rasa acam aku dah paling hensem kot. Macam dah takda siapa dah dapat melawan kehenseman aku waktu tu. Ya Allah, kalau diberi peluang untuk undur waktu, aku nak kembali ke zaman tu dan nasihat sikit diri sendiri tentang fashion lol.

Nothing really change. Sama sahaja aku tengok muka aku dari 2010 sampai 2017 cuma bezanya aku semakin berisi tahun demi tahun. Tahun 2010 sehingga 2013 tu memang tahun yang aku makan apa pun tak nak gemuk. Time tu heaven sangat sebab aku sumbatlah apa benda pun dalam perut aku dan berat aku tetap mantain. Tapi bila masuk 2014 tu aku dapat rasa pertambahan berat badan haha. Bila makan lebih sikit mesti berat aku naik, so I controlled my portion at that time. Sehinggalah ke tahun 2017, lemak-lemak terkumpul makin banyak dan seorang Syed kelihatan semakin "sado". Berat pun sekarang ni dah pandai cecah angka 70kg! . Aku selesa sahaja dengan berat badan sekarang ni, kurus sangat pun tak handsome mak aku cakap.
Harapan Seorang Syed yang berumur 24 tahun
Aku seriously tak harap apa pun untuk birthday aku. Sambut atau tak, kalau orang nak sambut dan ingat birthday aku, sambutlah. Kalau takda orang nak wish ataupun nak sambut birthday aku, aku okay juga haha. Dah terlampau berusia untuk aku untuk kisah dengan benda-benda remeh macam tu. Mak aku call ucap birthday tadi pun aku dah happy sebab sebelum-sebelum ni mak aku selalu lupa nak wish birthday aku. Kadang-kadang dia ingat tapi bila sibuk buat kerja cari rezeki, terlupa nak call aku. Takpalah, sebagai seorang anak kita kenalah faham kan? So, disebabkan mak aku call tadi aku siap suruh dia nyanyi lagu lagi! hahahaha lawak la mak aku nyanyi macam malu-malu. Mesti awkward sebab kami memang tak biasa pun sing to each other kah2.

 Jodoh?

Setakat ni matlamat hidup aku bukan untuk fikirkan pasal jodoh. Banyak lagi benda lain yang aku kena fikirkan sebelum sampai ke tahap itu. Sebagai seorang anak bongsu, aku kena bahagiakan semua orang dalam family aku dahulu then baru aku boleh fikir soal berumah tangga bagai. Aku rasa I'm too young for that, tak ready lagi nak deal dengan perangai orang dan tak yakin if I can accept her weaknesses and all. You're going to spend your lifetime with your partner, so think twice. Jangan ikutkan nafsu atau kata-kata orang lain. Let them talk and judge, you know yourself better.

Akhir kata, aku harap pertambahan usia ini bergerak seiringan dengan kematangan seorang Syed. Semoga Syed mampu menjadi seorang insan yang lebih matang dan seorang muslim yang lebih baik (masih berusaha). InshaAllah, kuatkan semangat Syed! :) . Terima kasih di atas doa dan ucapan daripada kalian.  

*Motif letak GoPro dengan DSLR dalam poster sebenarnya nak bagitahu tu wishlist aku untuk birthday hahaha nanti nak beli sendiri bila dah bekerja! 

NIKMATI DOMINO'S PIZZA DI TEPI PANTAI TELUK CEMPEDAK, KUANTAN

$
0
0
Domino's Pizza Kuantan

Salam dan Hi!

First of all, ini bukan entry berbayar ya adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekalian. Aku tak tahu nak buat tajuk entry kali ni dengan nama apa. Takkan nak tulis "Sambutan hari lahir di Pantai Teluk Cempedak" kan awkward sangat bunyinya tu. Hari semalam kan birthday aku, so hari semalam juga aku pau kakak aku untuk belanja aku Domino's Pizza. Aku dah lama teringin nak makan pizza since kerja dekat Kuantan ni. Memang aku craving teruk lah nak makan pizza, kebetulan birthday aku and akak aku cakap nak belanja makan! Aku tengah kerja time tu terus rasa excited lah apa lagi

When it comes to pizza, aku suka Domino's punya pizza. Dia punya rasa better dari pizza-pizza yang lain. Tak tahu la kalau aku sorang sahaja yang rasa macamtu ataupun kau pun rasa macam apa yang aku rasa. Sebab itu jugalah aku tulis "Domino's Pizza" dekat tajuk entry siap-siap sebab aku nak semua orang tahu aku suka Domino's Pizza! (macam penting sangat kan). 

Aku habis kerja pukul 7.30 petang semalam. Dengan gigihnya aku balik rumah, bersiap solat maghrib dan mandi semua lepastu kakak aku ambil dekat depan rumah aku. Dapat lah rehat dalam 15 minit macamtu dan terus gerak keluar. Mula-mula plan nak makan pizza dekat tempat dia so senanglah tak payah nak bawa pergi mana-mana. Tapi disebabkan waktu tu dah pukul 10 malam, dia pun nak kemas apa yang patut dan tak dibenarkan makan dekat situ. Boleh take away sahaja. Terganggu lah kejap plan nak makan pizza! Namun, disebabkan kegigihan aku nak makan pizza, it's okay lah. take away sahaja. Nak makan dekat mana nanti fikir kemudian.

Menu Domino's Pizza

Dah lama tak makan Domino's, sampai aku dah lupa cara-cara nak order pizza ni dan tak ingat dah flavour apa yang best. We have decided to order 2 regular pizzas. Pilihan akak aku ialah Classified Chicken dengan crust Chilli Cheese Burst. Aku pula pilih Flaming Tuna dengan Crunchy Thin Crust. Kalau nak beli pizza dekat Domino's, now ada promotion. RM30 dapat 2 regular pizza🍕 dan banyak lagi promotion yang lain. Boleh check dekat website Domino's ya. 

Sementara tunggu pizza siap, maka kami pun bergambarlah sekeping dua (lebih sebenarnya) untuk  mengisi masa lapang.

Seorang Syed dan Kakaknya

Aku happy semalam sebab akak aku dia punya sunburn teruk gila lepas hari sukan dekat sekolah dia. Tiba-tiba aku jadi lagi putih dari akak aku dan itu sangatlah satu kejadian yang luar biasa. Banyak gambar yang kena reject just because akak aku rasa dia punya muka lagi gelap dari aku but I'll just put it here and let you guys judge. Kejamnya syed.

Kalau korang pernah baca blog aku, aku ada cakap yang aku suka makan dekat tepi pantai. So, malam tu aku pun ajak akak aku pergi Teluk Cempedak dan menikmati pizza yang dibeli ditepi pantai. Serious memang literally tepi pantai kot. Letak pizza atas pasir sambil duduk bersimpuh bersila.

Classified Chicken Pizza by Domino's

Sebab gambar pizza ni cantik gila, so aku kena share gambar ni dekat sini. Bagi aku pizza Classified Chicken​ ni sedap sangat! Tak sia-sia akak aku order yang ni. Dia jadi sedap sebab crust dia sangat cheesy lepastu ada rasa pedas-pedas. Memang terbaik weh serius! Lagi sedap bila kau makan pizza ni sambil mendengar deruan angin laut dan bunyi ombak. Subhanallah! Cantik sangat pemandangan 😍

Flaming Tuna by Domino's

Flaming Tuna ni bukanlah tak sedap, tapi aku rasa aku salah pilih crust. Dia tak sesuai dimakan dengan crust crunchy ni. Should be eaten with cheesy crust. So most of the pizzas aku yang habiskan hahaha. Akak aku makan sikit sahaja kot. Aku dah la tengah lapar so memang sedap lah nak makan pizza banyak-banyak. Pizza is love, pizza is lyfe kot.


Nampak tak beza gambar yang aku tangkap dengan gambar yang akak aku tangkap? haha. Aku stress betul kalau suruh akak aku tangkap selalu tak kena dengan citarasa aku. Tapi kalau gambar yang aku tangkap, tak pernah tak cantik haaa sabar jelah, nasib baik kau belanja aku pizza kak long! hahaha. Lama juga sesi makan pizza tepi pantai ni. Siap boleh baring lagi atas pasir tu, sebab best kena tiup angin semua. Kalau ada yang dating tepi-tepi pantai tu aku dengan akak aku buat-buat tak nampak sajalah.

Aiskrim Hershey Chocolate

Bila perut kami dah kenyang makan pizza, pergi beli aiskrim McD pula.Aku punya all-time-favourite of course lah Hershey chocolate sundae cone! Walaupun rasa dia a bit sweet tapi okaylah sebab dah lama nak cari aiskrim ni! lepastu try tangkap gambar, macam cantik pula tengok gambar ni, padahal guna camera smart phone biasa saja pun :)

Seorang Syed Dah Tua

Sebelum balik, kena tangkap gambar dulu satu sebagai kenang-kenangan untuk diabadikan. Alhamdulillah ya Allah, terima kasih kerana memberi aku satu lagi peluang untuk teruskan hidup di muka bumi ini. Thanks to my sister for your effort (beli pizza) dan ambil aku kesana-sini sepanjang aku di Kuantan ini. Walaupun takda sambutan gilang-gemilang dan takda kek, yang penting aku dapat makan pizza dah berjaya buat aku senyum sampai ke telinga! :)

p/s : yeay esok last kerja, goodbye Kuantan! :)
Thanks for reading.

PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 BAGI SEKOLAH RENDAH

$
0
0
In the name of Allah, the most merciful the most gracious
Assalamualaikum dan Hai!

Semakan Penempatan Guru Baharu
Alhamdulillah! Hari ini aku dikejutkan dengan berita yang tak disangka-sangka oleh semua (aku rasa). Aku menulis entry ini pun masih di dalam perasaan yang tak sangka dan terkejut. Namun aku syukur sangat dengan berita gembira yang aku terima pada hari ini. 

"Penantian itu satu penyeksaan"

Benarlah apa yang orang kata, rasa macam dah lama sangat menunggu untuk dapat penempatan sekolah. Akhirnya terjawab juga pada 17 April 2017. Serius ni tarikh keramat bagi aku (over betul kan, but yeah excited kot!). Alhamdulillah, finally aku akan ditempatkan di negeri kelahiran aku sendiri, iaitu negeri Pahang. Untuk pengetahuan semua, masa aku isi borang penempatan tu aku letak negeri Selangor sebagai pilihan pertama. Tapi, apakan daya jodoh dan rezeki ada di Pahang mungkin. Aku okay dapat mana-mana pun, kalau dapat jauh boleh travel dan ambil pengalaman sikit, tapi dapat dekat pun okay juga. Aku percaya, setiap pilihan tu ada advantages and disadavantages masing-masing. 

Advantages dapat negeri Pahang

1) Dekat dengan mak

Since aku ni anak bongsu daripada 2 orang adik beradik, aku kena jaga mak aku lah. Bila dapat penempatan dekat Pahang ni, inshaAllah la dapat sekolah yang dekat-dekat sahaja. So, takda masalah untuk aku melawat mak aku bila-bila masa aku nak. Lagi satu, kalau ada rezeki untuk dapat sekolah depan rumah, itu lebih bagus.

2) Dah familiar dengan tempat?

Aku memang dari kecil membesar dekat Pahang ni. Dapat penempatan dekat Pahang ni takdalah aku susahkan diri nak survey rumah sewa semua. Tapi memang banyak lagi kawasan dekat Pahang ni aku tak pernah jejak sebab Pahang ni memang besar. Aku tak tahu aku bakal dicampak dekat kawasan mana. Tapi please lah jangan kawasan pedalaman. Aku bukannya lembik dan lemah sangat taknak masuk pedalaman, but I prefer not to go there hahaha. Kalau dapat pun I take it as a challenge la. Bring it on!

Disadvantages dapat negeri Pahang

1) Tak dapat nak travel tempat orang

Bagi aku, aku seorang yang suka memulakan sesuatu yang baru untuk permulaan hidup yang baru. Bila aku dapat tahu yang aku bakal ditempatkan di negeri Pahang ni, rasa macam hmmm. I thought I wanna go to other places. Bosan juga sebenarnya duduk Pahang ni. Teringin nak tengok tempat-tempat orang sementara masih muda tak beristeri dan tak beranak ni lol. Kalau boleh tak nak jumpa orang-orang yang berkemungkinan untuk aku kenal bila dah jadi cikgu nanti haha. Mana tahu kot-kot dapat sekolah depan rumah, lepastu semua cikgu kenal aku. Aku tak kisah, tapi rasa macam tak best la. Kau nak buat apa pun macam limited tahu dak? That's not a big issue pun.

2) Tak berkembang

Orang selalu cakap, kalau duduk negeri sendiri sahaja tak berkembang lah and I do feel the same. Rasa macam "alamak, bosannya nak duduk negeri ni lama-lama!". I want to have that feeling of travelling from different places and when you come back to your hometown, you feel like you belong there. Kalau duduk tempat sama sahaja, rasa rindu semua tu macam kurang sikit. Lagi satu nanti tak boleh la nak berdikari kalau duduk tempat sendiri. Bila rasa macam dah selesa dengan tempat sendiri, kita rasa macam lebih bergantung dekat orang yang kita kenal tu tak seronok.

Akhir kata, aku tak kisah walau dimana pun aku bakal dicampak, aku terima sahaja dengan hati yang terbuka. Even kalau aku terpaksa berkhidmat dekat pedalaman pun, aku terima sebagai satu cabaran. Aku tahu dekat Pahang ni memang banyak lagi sekolah-sekolah pedalaman. I need to get ready for any possibilities. Rasa macam excited dan happy tapi at the same time rasa cuak juga kalau kena campak jauh-jauh kan. Doakan yang terbaik sahaja untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. Semoga kita semua dipermudahkan urusan masing-masing inshaAllah!

SEGMEN : SEORANG SYED NAK BLOGLIST!

$
0
0

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Assalamualaikum dan Hai!

Bismillahirrahmanirrahim, buat julung-julung kalinya aku nak melancarkan satu segmen pertama untuk blog Seorang Syed ni. Tak tahulah dapat sambutan ramai atau tidak, tapi teringin juga nak buat hehe. Kalau kau tengok blog aku ni memang kosong dan sangat"selfish"sebab tiada bloglist yang aku letak dalam blog ni. Bukannya takda blog-blog yang aku minat untuk lawati setiap hari, tetapi banyak sangat sampai aku tak tahu nak pilih mana satu. Without further ado, here are some details of what you should follow to join this segment! 

Syarat-syarat untuk sertai segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"

1. Anda haruslah mempunyai blog yang aktif

2. Follow blog  Seorang Syed 

3. Follow Google+ Seorang Syed 

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!"

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed (kalau nak tulis panjang pun no hal)

6. Jangan lupa letak banner segmen aku di atas dan back link kepada blog ini

7. Comment entry penyertaan di bawah 

Kelebihan berada di dalam blog list Seorang Syed?
- Aku akan sentiasa terjah blog korang. Disebabkan aku ni memang jenis yang suka membaca blog orang dan tinggal komen sekali, so I'll definitely to the same to the blogs in my blog list.

- Mungkin aku tak dapat menjanjikan trafik daripada blog aku ke blog kau, haha tapi mungkin ada lah yang click blog kau bila tengok blog list aku kot? Salah sorangnya aku lah (lol)

- Dapat merapatkan silaturrahim antara kita. Dunia blog ni kecil sahaja, pergi mana-mana pun nanti akan jumpa orang yang sama juga. Apa salahnya nak tambah kawan-kawan blog kan? 
Hadiah?
As a token of appreciation, aku akan pilih 2 orang pemenang dengan entry yang paling kreatif! Pemenang akan memenangi tiket pelancongan ke Korea 3 hari 2 malam RM10 setiap seorang (boleh pilih nak top up ataupun bank in). Pemilihan akan dibuat secara telus oleh aku sendiri bukan guna random.org. 

Semua peserta segmen ini juga akan kekal berada di dalam blog list Seorang Syed sehinggalah aku rasa nak ada blog list yang baru. Tunggu apa lagi? jom lah join! 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 30 APRIL 2017 (11.59 P.M)

Senarai peserta Segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"
1. https://airahsyahirah.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
2. https://sukasukasurirumah.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
3. https://frrnxh.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
4. https://loveneddy.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
5. https://razanahanis.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
6. https://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
7. https://www.aimisyahirah.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
8. https://www.kasihjuju.com/2017/04/seorang-syed-nak-bloglist.html
9. https://www.leaazleeya.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
10. https://ciknurul23.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
11. https://dorsettpink.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist-dorsettpink.html
12. https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
13. https://fairuzaqilah-official.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
14. https://kebaikankeindahan.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
15. https://missobsesi.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
16. https://www.ceriteraibu.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
17. https://nurfaezahabdullah1712.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
18. https://mrsteddybearlover.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
19. https://fazroliqbal.blogspot.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
20. https://www.thehundredpages.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
21. https://sweetsourleyra.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
22. https://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
23. https://karyaku-paridahishak.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
24. https://unnianje.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
25. https://www.nanyfadhly.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
26. https://izyan5025.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
27. https://penggaliilmudunia.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
28. https://makbapakkauhijau.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
29. https://tarotthefool.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
30. https://www.farahsanusi.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
31. https://galeriduniaku.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
32. https://www.blogeyja.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
33. https://mama3danish.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
34. https://aryanazra.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-bak-bloglist.html
35. https://thatsomine.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
36. https://kasihkuamani.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
37. https://zahirahfarhani.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
38. https://seindahcerita.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
39. https://cikilamenari.blogspot.my/2017/04/seorang-syed-nak-bloglist.html
40. https://elsaalicious.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
41. https://colouroflifek.blogspot.my/2017/04/seorang-syed-nak-bloglist.html
42. https://www.adianiez.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
43. https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
44. https://najmi-faiq.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
45. https://nadhiewueen.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
46. https://realsviors.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
47. https://mrsablogstori.blogspot.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
48. https://masturanasarudin.blogspot.com/2017/04/seorang-syed-nak-bloglist-30-apr-17.html
49. https://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
50. https://bajetciputselerabesar.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
51. https://herneenazir.com/2017/04/30/segmen-seorang-syed-nak-bloglist/
52. https://diarikuwaniesyazwani.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
53. https://cikash.blogspot.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
54. https://www.zuraini.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
55. https://nonasani.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
56. https://www.sayidahnapisah.com/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
57. https://srikandiofficialblog.blogspot.my/2017/04/syarat-syarat-untuk-sertai-segmen.html

1001 RAGAM CUSTOMER DI RESTORAN FAST FOOD

$
0
0
Ragam customer di restoran fast food

Salam dan Hi!

Dah genap 6 hari aku berhenti dari menjadi cashier di salah sebuah restoran fast food di Kuantan. Alhamdulillah, I'm happy that I've learnt a lot of new things especially about life. Kadang-kadang kau tak pernah sangka pun benda-benda simple yang berlaku disekeliling kau actually helped you a lot to understand how life works. Kalau kau baca entry Pengalaman Bekerja di Restoran Fast Food, aku ada kongsikan beberapa perkara tentang kenapa aku tak sesuai jadi cashier. Tapi sebenarnya boleh sahaja kalau aku kerja lebih lama dekat situ. Walaupun sekejap, percayalah pengalaman yang aku dapat dekat situ sedikit sebanyak membuka mata aku tentang beberapa perkara.

Entry kali ini aku akan berkongsi tentang beberapa ragam customer yang aku pernah hadap semasa menjadi cashier. To deal with customers is not an easy task. Sebelum ni aku tak sangka pula kerja dekat kedai fast food ni kadang-kadang menduga emosi aku juga. Ingatkan senang sahaja just ambil order, ambil duit dan bagi balance. hahaha rupanya sangkaan kau jauh tersasar Syed! Berikut aku kongsikan beberapa ragam customer yang aku masih ingat di dalam benak fikiran aku.

1) Nak study menu

Ada sesetengah customers ni memang suka study menu lama-lama. Kaunter ambil order tu dah macam tempat study diorang dah kadang-kadang. Aku tak kisah pun kalau customer ni nak study menu lama mana pun sebab aku pun kadang-kadang ada masalah nak fikir "nak makan mana dan nak makan apa". Walaubagaimanapun, biarlah bertempat kalau nak study lama-lama pun. Kalau ada customer yang tengah beratur belakang kau tu, faham-faham lah. Mereka pun tunggu lama juga untuk order. Sepatutnya sebelum sampai turn kau, kau dah fikir siap-siap nak order apa. Tak pun duduk tepi dulu, dan tengok menu dari jauh. Tak payah masuk beratur dulu pun takpa. Bukannya apa, kesian dekat orang lain yang mungkin nak order seketul ayam sahaja tapi kena tunggu 1 jam sampai kau habis order (exaggerate habis aku ni haha)

Kalau customer lain takda yang beratur, aku okay sahaja. Nak ajak aku study sama dengan kau pun takpa. Kadang-kadang study dah lama lepastu cancel order. Pilu betul hati ini.


2) Makan bersepah

Aku bukan nak jadi social justice warrior. Not at all. Makan bersepah ni nampak kau seorang yang sangatlah takda adab. Kalau satu family besar yang makan ramai-ramai dekat restoran and bersepah sebab ada budak-budak kecil, takpa aku faham. Bukannya nak suruh kau kemas dan basuh segala pinggan yang kau guna tu. Cukuplah sekadar tinggalkan meja tu dengan keadaan yang tersusun sedikit. Mula-mula aku kerja aku rasa macam geli jugaklah nak kutip sisa-sisa makanan yang mereka tinggalkan. It took time for me to cope with it haha dalam 2 3 hari macamtu (maklumlah tak biasa buat kerja macamtu). Bila dah lama-lama rasa macam, okay kot sebab benda tu makanan and it's a part of my work. Nak tak nak, aku terpaksa buat juga.

Tak faham kenapa kalau yang dah tua-tua ni makan nasi, ayam semua bersepah atas meja. Kalau budak-budak kecil yang makan macamtu aku boleh faham lagi la. Kalau yang dah tua tahap boleh kahwin dan yang berumahtangga buat macamtu aku macam tak boleh nak brain lah. Is it how you eat at home? Macamtu ke agaknya kau makan dekat rumah? Aku faham, kau memang makan dekat restoran, tapi kenapa ada sahaja orang yang boleh tinggalkan mereka punya sampah sarap dengan keadaan yang tersusun. Kita mudahkan kerja orang, inshaAllah nanti kerja kita akan dipermudahkan. 

3) Berbudi bahasa

Paling suka dengan customers yang bila dia cakap lembut sahaja. Ada sekali tu, customer ni anak dia tumpahkan air dan makanan dekat lantai. Dia nampak macam bersalah sangat sebab lantai tu memang kotor habis. Dia tanya aku ada penyapu atau mop tak sebab dia nak tolong bersihkan. Lepastu aku cakaplah, "takpa nanti kami yang akan bersihkan" (sebab time tu ada customer, aku tengah ambil order). Then, aku nampak dia kutip sendiri makanan dekat lantai tu dengan tangan dia dan letak atas pinggan. Kesan kotor dia lap sikit dengan tisu. Dia tinggalkan tempat tu dengan kemas walaupun ada kesan kotoran lagi dekat lantai tu. Ya Allah, terharu rasa tengok :')

Kita ni sebagai manusia tak lari dari kesilapan kan? kadang-kadang tu adalah aku tersalah ambil order. Lepas aku bagitahu, dia tenang sahaja dan willing to wait for another minute. Itu membuatkan aku rasa lega sedikit. Bila aku hantar makanan ke meja makan pula, ada yang tak putus-putus cakap terima kasih dan menolong aku untuk ambil dia punya makanan. Entahlah, aku rasa macam terharu sangat! bila dengar perkataan terima kasih tu rasa macam terus semangat buat kerja. Rasa nak overtime terus kerja! (okay tu tipu)

4) Selalu bersedekah

Ada satu pak cik ni, dia memang regular customer dekat restoran tempat aku kerja tu. Setiap hari dia akan datang untuk beli chicken porridge. Dan yang menariknya, setiap hari dia beli, duit balance bubur (25 sen) akan dimasukkan ke dalam tabung derma yang disediakan. EVERY DAY GUYS. "Bagusnya pak cik ni, rajin bersedekah"- selalu bermonolog dalam diri. Lepastu mula lah aku reflect diri sendiri. Bila last time aku bersedekah?Pak cik tu sedikit sebanyak mendorong aku untuk membuat perkara yang sama. Walaupun nilainya sedikit, tetapi keikhlasan tu yang penting. Kadang-kadang dia tak nak pun ambil baki tu. Aku yang masukkan sendiri duit tu dalam tabung. Thanks pak cik kerana memberi contoh yang baik kepada saya :)

5) Rajin bersembang

Aku takda masalah pun nak sembang dengan orang. I seriously enjoy any type of conversations (sebab aku dah banyak bercakap kot sekarang haha). Ada sekali tu, waktu tu aku tengah rehat selama sejam. Aku duduk sekejap dekat depan surau nak beristirehat katanya. Lepastu datang this one abang, duduk dekat aku. Sembang punya sembang dah sampai habis waktu rehat aku dah. WE HAD A CONVERSATION FOR AN HOUR GUYS. Bapak lamanya haha. Kadang-kadang aku tunggu sahaja bila dia nak stop bercakap. Tapi takpalah, agaknya seronok kot dapat bersembang dengan aku. Yelah, aku kan Seorang Syed! HAHAHA okay kidding. 

Topik yang dicover oleh abang tu sangat best sebenarnya. Dia nasihatkan aku banyak benda pasal hidup. Lepas dia tahu aku ni bakal bekerja dan jadi cikgu, dia nasihatkan aku untuk beli rumah dahulu sebelum beli kereta. Lepastu dia cakap lah yang dia tak nak aku menyesal macam apa yang dia rasa. Lepastu ada juga sembang tentang ekonomi, perniagaan melayu, kerja susah nak dapat dan sebagainya. Aku rasa macam aku seorang yang sangat ilmiah waktu tu! Walaupun tak berilmu mana, tapi terpaksa acah-acah seperti ilmu penuh didada haha. Thanks random brother for your kindness and time to have a conversation with me :) . At least sejam waktu rehat aku tu bermakna jugalah.
Tak pernah sangka benda-benda kecil yang berlaku dalam hidup kita macam ni boleh memberi banyak pengajaran kepada kita sendiri. Jauh berjalan luaslah pemandangan, kalau aku tak kerja dekat situ, aku tak pernah tahu dan mungkin takkan pernah rasa seperti apa yang aku rasa sekarang. Thanks for the priceless experience my dear customers :')
Thanks for reading!  

KEMBARA IFTAR DI PEKAN PAHANG | ANCASA ROYALE RAMADHAN BUFFET

$
0
0
Kembara Iftar di Pekan Pahang, Ancasa Royale Ramadhan Buffet

Assalamualaikum dan Hai!

Pejam celik, pejam celik dah tak lama dah kita nak menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Semoga kita masih diberi peluang untuk menikmati keberkatan bulan Ramadhan pada tahun ini InshaAllah. Banyak persediaan yang boleh dilakukan untuk kita sebelum menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Antaranya ialah aktiviti beriftar atau berbuka puasa bersama keluarga mahupun sahabat handai. Kebiasaannya, bulan puasa ni memang penuh jadual sentiasa ada orang book untuk ajak buka puasa bersama kan? (tapi aku tak lah sebab aku forever alone sobs). Memang banyak tempat-tempat yang kita boleh survey untuk mencari tempat berbuka yang berbaloi dan memuaskan hati. Taknaklah bila bayar untuk makan lepastu tiba-tiba lauk pula tak cukup kan?

Entry kali ini aku akan berkongsi satu tempat menarik yang menyediakan Ramadhan Buffet yang bertempat di Pekan, Pahang. Pada 19 April 2017, aku berkesempatan untuk hadir ke event "Kembara Iftar di Pekan Pahang" yang dianjurkan oleh Ancasa Royale Hotel. Aku dari Temerloh gigih pula drive ke Pekan semata-mata nak join event yang dianjurkan ini dan Alhamdulillah memang berbaloi sangat makanan-makanan yang disediakan serta servis yang diberikan oleh hotel ni. Time aku tengah tulis ni pun aku masih terbayang juadah-juadah yang lazatnya sehingga menjilat ibu jari tu ha.
APA YANG ISTIMEWA DI ANCASA?
Konsep yang diketengahkan oleh hotel ini untuk Ramadhan buffet mereka ialah,Selera Desa. Bila aku dengar sahaja selera desa, aku dah terbayang lauk-lauk masakan kampung yang disajikan depan mata aku. Memang terus tak sabar nak makan rasanya. Disebabkan aku ni memang seorang yang gemar masakan kampung, memang ini merupakan satu peluang keemasan untuk aku merasai sendiri makanan yang disediakan oleh Chef di hotel ini.

Chef berpengalaman di Ancasa Royale

Antara sajian kembara iftar yang dihadangkan ialah makanan tradisi Pahang iaitu Opor Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Sambal Hitam. Kalau dekat Pahang takda lauk-lauk ni memang tak sah la kan? Masakan Opor Daging merupakan resipi di Raja Pahang yang sangat popular di Bandar Diraja Pekan, Pahang. Resipi ini dihasilkan dengan menggunakan rempah ratus asli yang telah dipanggang terlebih dahulu serta dicampurkan beberapa bahan lain yang membangkitkan rasa yang sangat enak dan menyelerakan. Manakala, Ikan Patin Masak Tempoyak pula sememangnya mempunyai tarikan yang tersendiri dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat di sini. Sambal Hitam pula merupakan sajian yang hanya boleh didapati di sekitar daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Ia merupakan makanan tradisi yang masih diingati sehingga ke hari ini.

Tempat makan yang luas dan selesa

Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan juga pencuci mulut. Sudah pasti, menu-menu yang menarik di hotel ini diilhamkan oleh chef-chef yang berpengalaman iaitu gabungan Chef Hazlan Hamzah, Chef Syed Badrul Hisham dan Chef Mohd Zamri serta pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman.

Mula-mula aku melangkah masuk ke hotel ni, dah cukup buat aku teruja dengan hiasan tempat makan dia. Tempat makan yang disediakan sangat selesa dan luas. Siap ada lampu lip lap lagi. Lepastu mata aku melilau sekeliling kawasan makan tu sebab aku tak tahu nak mula makan dari mana. Serius banyak sangat lauk yang disajikan depan mata sampai kau tak tahu nak makan apa dulu haha. So, I ended up touring the whole place first and cari akak Azleeya sebab aku awkward first time join event macam ni kan? 
KERABU DAN ULAM-ULAMAN
Pelbagai jenis kerabu dan ulam disajikan kepada tetamu

When it comes to masakan kampung, of course kau tidak akan terlepas dari dijamukan dengan juadah-judah yang berasaskan ulam-ulaman. Ancasa menyediakan pelbagai jenis kerabu yang anda boleh nikmati di sini. Tengok sahaja dah cukup menyelerakan, bila makan tu terasa macam berada di awang-awangan. Apa yang aku kagum sangat dengan juadah-juadah yang disajikan di sini ialah dia punya plating. Walaupun juadah yang disediakan merupakan makanan tradisional sahaja. tetapi plating dia menampakkan makanan tu eksklusif! sayang rasa nak makan. Kira okay lah, makanan sedap lepastu hiasan pun terbaik! 

Ikan masin dengan hiasan yang unik

Mula-mula tengok aku ingatkan ni macam sushi (sebab letak dalam bekas macam bento dekat sushi king tu) haha. Rupanya ikan masin guys! Aku memang penggemar ikan masin, bila ikan masin dihidangkan sekali bersama bawang goreng dan lada goreng campur dengan asam limau tu memang menaikkan lagi rasa ikan masin tu

Pelbagai jenis sambal sebagai pembuka selera

Ini pula antara pilihan sambal yang ada untuk anda makan dengan nasi. Memang telan air liur lah bila tengok sambal-sambal ni waktu macamni. Dah la aku ni memang suka sambal, kalau dapat makan sambal dengan nasi kosong pun boleh tambah 2 pinggan! hehe.
NASI MANDY
Nasi Mandy (Nasi Arab Kambing)
Nasi Mandy (Nasi Arab Kambing)

Selain dari masakan kampung, juadah seperti Nasi Mandy juga ada disediakan. Antara lauk yang disajikan ialah ayam berempah. Aku sempat rasa ayam berempah sahaja sebab rasa macam dah banyak sangat dah makan. Tak sempat nak rasa lauk yang lain-lain. Tapi yang penting dia punya lauk tu memang panas sebab dia letak atas dapur arang. Kira still fresh dan takdalah kau makan lauk yang dah sejuk. Nasi dia pada pendapat aku, sangat sedap! dengan lauk ayam berempah dia yang kita boleh rasa la dia punya spices.
KAMBING BAKAR
Kambing bakar di Ancasa Royale

Kalau nak mencari buffet Ramadhan, bagi aku mesti kena ada kambing bakar. Kiranya kalau takda kambing ni macam tak lengkap la buffet tu haha. Aku sempat makan kambing ni banyak round juga semalam. Seriously rasa dia memang sedap dan daging dia sangat lembut. Sos black paper dia pun cukup rasa dan sesuai digandingkan dengan kambing bakar. Selain kambing bakar, dekat meja tu juga ada roasted chicken. Sambil-sambil tengah beratur untuk ambil kambing bakar, try la dia punya roasted chicken juga. Kambing ni memang antara makanan yang laris la waktu aku pergi haritu. 
STEAMBOAT
Aneka Steambot untuk dipilih
Untuk penggemar makanan steamboat, Ancasa juga ada menyediakan pelbagai pilihan steamboat yang anda boleh nikmati. Kalau nak berbuka dengan makanan yang light-light sahaja, mungkin boleh try makan steamboat ni.
ANEKA ROTI DAN SUP
Pelbagai jenis roti dan sup disediakan

Menariknya tentang roti ini ialah, ia dibuat sendiri oleh chef di Ancasa! bukannya roti beli dekat kedai. Bila chef terlatih yang buat sendiri roti ni, tak payah nak pertikaikan rasa dia, memang tengok rupa sahaja dah tahu sedap. Ada banyak sup yang disediakan untuk dimakan bersama roti-roti ni. Antaranya ialah sup cendawan (lupa nak tangkap gambar sup-sup).
SHELLOUT & SATAY
Shell Out dan Sate

Antara menu yang terbaik dekat Ancasa ni bagi aku sudah pasti Shell Out dia! SERIOUS WEH SEDAP SANGAT. Sebelum ni kalau pergi mana-mana restoran yang buat shell out, susah sangat nak jumpa yang betul-betul sedap. Tapi shell out dekat Ancasa, memang terbaik! Kuah dia memang best!. Aku meratah macam tu sahaja dah tak payah makan dengan nasi dah. Tengok la, sampai gambar yang dah masak pun aku lupa nak ambil! huaaaa sorry, kalau tak, dapatlah berkongsi kelazatan bersama korang sekali. Dekat sini pun ada satay disajikan. Memang berbaloi habis lah.
JERUK
Side Dishes di Ancasa Royale
Side Dishes di Ancasa Royale

Sebelah roti tu ada jeruk, chicken loaf dan macam-macam lagi makanan yang ringan-ringan. Sesuai untuk dibuat kunyah-kunyah (kalau kau dah kenyang, tapi rasa nak makan lagi bolehlah ambil yang tu)
SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar

Banyak pilihan sayur dan buah-buahan yang disediakan untuk pengunjung. Antaranya ialah buah kurma yang terbahagi kepada beberapa jenis. Anda boleh pilih sendiri sama ada anda mahukan yang bertangkai ataupun tidak. Selain itu, juga terdapat beberapa buah-buah tempatan lain seperti tembikai, pisang dan nenas. Buah yang disediakan merupakan buah-buahan yang sangat segar.
MEE UDANG DAN AIS KACANG
Mee Udang yang menyelerakan dan Ais Kacang yang menyamankan

Kalau ada diantara anda yang gemarkan Mee Udang, Ancasa juga turut menyediakannya. Yang penting dia akan buat bila ada request dari customer. Tak payah susah-susah nak ambil sendiri. Dapat makan panas-panas tu memang sedap la. Sebelah "gerai" Mee Udang, ada Ais Kacang. Tengok bahan-bahan untuk ais kacang tu memang banyak sangat! Puas hati la kalau nak makan tu.
NASI AYAM ROYALE
Nasi Ayam Royale

Nasi Ayam juga merupakan salah satu hidangan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu kita, oleh itu Ancasa juga turut menyediakan Nasi Ayam Royale untuk santapan para tetamu.
MINUMAN
Pelbagai jenis minuman disediakan

Terdapat beberapa jenis pilihan minuman yang disediakan. Antaranya ialah Jus Mangga, Air Kelapa, Sarsi, Skyjuice dan Sirap. Pada pendapat aku, air yang disediakan memang agak sesuai dengan tema masakan melayu yang diperkenalkan. Minuman yang disediakan oleh Ancasa sangat menepati citarasa aku. Airnya tidak terlalu manis dan tidak tawar. Just nice! Jus mangga dan air kelapa dia memang rasa original, don't worry bukan cordial ya kawan-kawan. Jangan tanya berapa gelas air aku habiskan haritu hahaha.
KUIH MUIH DAN MANISAN
Pelbagai jenis manisan istimewa yang disediakan untuk pengunjung

Untuk penggemar manisan pula. Ancasa ada menyajikan Puding Raja. Pada asalnya, Puding Raja merupakan hidangan istimewa santapan di raja, namun pada harini semua lapisan masyarat boleh menikmatinya di mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, malahan ada kuih-muih melayu yang turut disediakan seperti Lepat Pisang, Bingka Ubi,  Kuih Talam dan sebagainya. Memang kalau pergi Pekan tak cuba Puding Raja merupakan satu kerugian besar lah. Susah juga nak dapat kalau luar kawasan Pekan. 

Assorted cakes and puddings

Assorted cakes and puddings
Ini merupakan favorite spot aku waktu tu! Aku ni memang pantang sikit bila nampak manisan ni haha (patutlah aku manis orangnya, okay takda kaitan). Rasa macam nak habiskan semua kalau boleh (tapi memang mustahil la sebab banyak kot lepastu dia memang akan refill frequently bila nampak kosong). Kalau macam dalam gambar di atas ni ada kek coklat, kek gulung dan dalam cawan kecil tu merupakan puding. Puding dia memang sedap! ada rasa buah-buahan dan yang pasti flavor honeydew tu sangat sedap :')

Delicious Cheese Tarts

Delicious Cheese Tarts and Cakes

Wonderful desserts only at Ancasa Royale

Cheese Tarts dan Assorted Cakes semua sedap! Aku repeat banyak kali dekat tempat manisan. Rasa malu dah nak lalu depan chef hahaha. Tak boleh bawa pergi majlis betul aku ni.

Pengunjung yang berpuas hati

Mak aku pun suka sangat dengan manisan yang disediakan especially puding tu. Aku ambil beberapa cawan untuk mak aku sekejap sahaja habis. Katanya memang sedap dan puas hati.
WESTERN CORNER
Western corner di Ancasa Royale

Selain masakan Melayu, Ancasa juga ada menyediakan beberapa hidangan barat. Antaranya ialah Lasagna. Lasagna yang disediakan sangat sedap dan cheesy! (sebab aku kan hantu cheese so memang sedap sangatlah rasanya). Selain itu, ada juga beberapa hidangan barat lain yang disediakan. Kalau dah kenyang makan makanan melayu, beralih arah la pulak sekejap untuk merasai makanan barat kan? hehe.

Nyanyian oleh Artis Jemputan

Sambil menikmati makanan dan juadah berbuka puasa, anda juga akan ditemani dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh artis jemputan Ancasa Royale. Terasa kemeriahannya bila dengar nyanyian dari kumpulan yang diundang :)
KEMUDAHAN
Kemudahan yang bersih dan sangat selesa

Kemudahan surau yang ada di Ancasa ini sangat memuaskan. Ruang solat yang luas dan bersih membuatkan pengunjung senang untuk menunaikan kewajiban setelah berbuka puasa. Aku sempat berkunjung ke tandas hotel ni, memang sangat cantik, bersih dan tidak berbau. Ruang menunggu di hadapan surau pulau sangat luas dan selesa untuk anda sekeluarga bersantai seketika di situ sementara menunggu ahli keluarga yang lain.

Seorang Syed jumpa blogger!

Seorang Syed juga berpeluang untuk bersua muka sendiri dengan sis Azleeya ketika majlis tersebut berlangsung. Sebelum ni jumpa dekat blog sahaja. Tak sangka boleh jumpa in real life haha. Thanks kak! (yakin betul aku dengan kasut hijau tu)
Very friendly staff - Kak Rose

Overall, bagi aku Ancasa Royale, Pekan Pahang sangat menitikberatkan soal kebersihan, penyediaan makanan yang teliti dan servis yang baik kepada pengunjung. I don't mind paying my money to eat as much as I want! Seriously memang it worth every penny you spend. Masuk sahaja pintu hotel tu semua staff sangat friendly. Chef-chef pun terbaik, siap explain lagi masakan yang ada di situ. Terima Kasih kepada pihak Ancasa Royale, Pekan Pahang kerana sudi menjemput saya bersama keluarga untuk merasai sendiri juadah yang bakal disediakan waktu bulan Ramadhan nanti. Saya bagi 5 bintang! 
BERITA BAIK UNTUK ANDA!
Harga Istimewa Untuk Anda

 Dengan lebih 100 juadah berbuka puasa yang disediakan, anda hanya perlu membayar sebanyak RM68 seorang untuk dewasa manakala RM40 seorang untuk kanak-kanak. Tawaran harga istimewa juga turut diberikan kepada anda yang mendapatkan baucar awal dengan harga serendah RM58 SAHAJA! 
Tawaran istimewa ini sah sehingga 15 Mei 2017

Sekiranya anda berminat untuk berbuka puasa di Ancasa Royale, Pekan Pahang. Ataupun inginkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh rujuk maklumat di bawah,

Alamat:
 No. 2670, Jalan Pekan - Kuantan, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur, Malaysia

No. Telefon:
+6094246600 (Saffron Brasserie)
+6094246700 (Faks)

Website:
www.ancasaroyale.com

BLOG SEORANG SYED BERTUKAR DOMAIN DOT COM

$
0
0
Blog Seorang Syed Bertukar Domain

Assalamualaikum dan Hai!

Okay cerita dia macam ni, semalam aku blogwalking secara random dan tak tahulah aku baca dekat blog siapa pasal benefit of having your own domain and why you should have your own domain. Actually, sebelum ni pun dah banyak aku baca blog yang menyarankan untuk bloggers mempunyai domain sendiri. Cuma tak tahu kenapa, aku punya kesedaran tiba-tiba tinggi semalam untuk tukar domain. It only took me not even a day kot! Dalam pukul 2 pagi semalam aku terfikir nak tukar domain, pagi tadi aku fikir lagi lepastu tengah hari tadi aku terus bank in duit. Set up domain sendiri ni takda leceh mana tapi aku berjaya buat sendiri! *achievement unlocked

Kalau nak ikutkan memang sayang juga nak tukar domain, sebab aku punya Alexa ranking dah agak tinggi jugalah untuk blog baru macam aku ni (at least aku rasa tinggi bagi aku cukuplah kan). Bila aku fikir balik,better aku tukar sekarang since aku pun baru 4 bulan berblogging. Tak banyak sangat pun yang rugi kan, kalau setahun dua dah berblogging baru nak tukar itu merupakan satu kerugian yang besar jugalah

Facebook Seorang Syed

Faktor yang mempengaruhi aku untuk tukar domain
(dah macam subjek sains punya soalan dah)
1- Kepuasan diri

Kalau nak ikutkan, aku pun tak tahu aku akan blogging sampai bila (harap tak berhenti di tengah jalan). Bukan apa, takut juga kalau aku masuk sekolah nanti tiba-tiba hidup aku busy kalah perdana menteri, lepastu blog aku terabai. Aku cuba untuk ketepikan semua tu untuk kepuasan diri sendiri. Aku rasa lebih puas bila aku ada satu space yang memang 100% milik aku. Mungkin sesetengah orang tak dapat relate kot, tapi entahlah aku rasa puas la bila ada domain sendiri sebab guna nama kau sendiri kot. Bila ada "dot com" tu dia rasa macam eksklusif sikit lah bagi aku.

2- Identiti

Pada pendapat aku, bloggers ni kena ada identiti mereka sendiri. Not to say that those who are using "blogspot" takda identiti. Malah banyak sahaja contoh blogger-blogger yang terkenal dan tidak mempunyai domain sendiri tetapi masih boleh survive dalam dunia blog. Cuma bagi aku, kalau kau ada domain sendiri it indicates that you're a professional. Orang akan tahu yang kau blogging secara serius. Kalau kau target untuk buat duit melalui blog pula (review barang, perkhidmatan dan sebagainya), at least kau akan meyakinkan client sebab kau ada domain sendiri. Bila client minta blog URL, takdalah malu-malu kau nak bagi since kau dah ada domain sendiri kan. Tapi ni pendapat aku sahaja, pendapat orang lain-lain. Depends lah kau punya views terhadap ni macam mana.

3- Duit

Faktor seterusnya ialah sebab aku ada duit. Kalau aku takda duit memang taklah aku nak tukar domain. Aku beli domain ni dekat Netkl dengan harga RM45 setiap tahun. Disebabkan duit gaji aku kerja baru ni tak guna banyak mana, apa salahnya untuk aku laburkan sedikit untuk kegunaan blog. Lagipun Alhamdulillah setakat ni ada sahaja rezeki aku dalam dunia blog ni. Tak salah aku rasa untuk laburkan sedikit wang untuk kegunaan akan datang. Mana tahu lepas aku tukar domain ni rezeki aku lebih murah? Aminnnn :)
Harapan
Jadi, atas sebab-sebab di atas, aku mengambil keputusan yang agak drastik sekali untuk menukar domain daripada http://anothersyed.blogspot.my kepada www.seorangsyed.com. Harapan aku ialah supaya aku selalu update blog lepasni. Takkanlah dah invest untuk tukar domain lepastu nak update blog pun malas kan? tak boleh jadi juga kalau macamtu haha. InshaAllah I'll not take my blog for granted anymore. Bila dah bertukar status dot com tu kira macam aku dah ada komitmen baru yang aku kena laksanakan. Pray for me guys! :)

Thanks for reading 

PERMOHONAN SEMULA GOOGLE ADSENSE JIKA BERTUKAR KE DOMAIN BARU

$
0
0
Permohonan Google AdSense Untuk Domain Baru

"Kusangkakan panas berpanjangan. Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang.  
Dalam tak sedar ku, kebasahan"

This song would be perfect to describe my feelings right now (serious aku tulis entry ni sambil dengar lagu tu). Actually aku tengah happy harini sebab baru bertukar ke domain baru, lepastu bila aku tengok iklan AdSense dekat blog aku tak keluar terus kebahagiaan tu hilang weh. Blog aku baru diluluskan untuk beriklan bersama AdSense pada 10 April 2017 yang lalu (boleh baca di entry INI). Baru dua minggu aku dapat merasa duit dollar yang diberikan oleh AdSense. Tiba-tiba, harini aku dikejutkan dengan iklan kosong di blog

Kenapa iklan AdSense kosong di blog?

Mula-mula aku ingatkan bila tak keluar iklan dekat blog ni sebab domain masih baru. So, iklan pun kena take time lah nak keluar dekat blog. Aku tak tahu macam mana aku boleh terfikir macamtu haha. Lepastu aku dah habis godek dashboard Google AdSense dan tunggu untuk beberapa jam. Memang iklan tak keluar langsung, hampa betul. Berbekalkan kepandaian aku, dengan pantasnya aku mencari penyelesaian bagi masalah tersebut di Google

Iklan AdSense Tidak Keluar di Blog

I found that this guy over here was having the same problem with me. Rupanya iklan AdSense tak keluar dekat blog ialah sebab aku baru tukar domain. Sebelum tukar domain tu serius aku takda terlintas langsung pasal akaun AdSense ni. Aku ingatkan okay sahaja sebab aku tukar domain kot bukannya sekali dengan hosting. Aku masih menggunakan platform blogger untuk berblogging. 

Tiba-tiba aku teringat satu komen oleh kak Lea dan kak Wani Sukarno dekat entry "Blog Seorang Syed Lulus Adsense". Alamak, bila baca balik komen-komen ni terus rasa macam takda harapan dah aku ni nak dapat guna AdSense balik.

Permohonan Baru Google AdSense
Apa yang perlu dilakukan selepas tukar domain?
Langkah yang perlu dilakukan selepas tukar domain

I've been Googling for everything but haven't found any possible ways to get the ads shown on my website. The only thing I could do is to re-apply for AdSense. Kalau sebelum ni kau guna blogspot sebagai URL dan beralih ke domain yang baru, kau still kena apply semula untuk iklan AdSense ni. Aku rasa macam agak down jugaklah sebab nak apply balik semula tu bukannya sekejap proses dia.

Tunggu 3 Hari Untuk di Approve
As a result, aku kena tunggu 3 hari untuk dia review aku punya website ni. Dan mungkin juga 3 hari tu boleh jadi 3 bulan ataupun 3 tahun haha. PLEASE GOOGLE ADSENSE. DO APPROVE MY APPLICATION. Aku tak tahu peluang aku ni tipis ataupun tidak untuk mendapatkan Google AdSense ni kembali di dalam blog aku. Rasa macam tak puas lagi guna dua minggu. Dapatlah kumpul beberapa dollar buat beli aiskrim Magnum lepastu dah jadi macam ni. Haraplah AdSense approve aku punya application secepat mungkin sebab aku benci betul tengok blog aku without any advertisement. Dah la kosong, lepastu dia makan ruang pula. Nak remove code dia tapi kena tunggu dia review dahulu. Haaa faham tak perasaan aku? haha fine lah. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Seorang Syed! :)

Be🍆Syed

MEMANG 'EASY' DENGAN EZBUY

$
0
0
Memang Easy Dengan Ezbuy

Assalamualaikum dan Hai! 

Shopping merupakan satu bentuk terapi sebenarnya especially untuk kaum wanita (habislah kena bash kejap lagi ni haha). Namun, itu tidak bermakna lelaki tidak terlepas dari aktiviti shopping ni. Kadang-kadang ada beberapa kekangan yang membuatkan kita susah nak bershopping. Salah satu faktornya ialah kekangan masa. Bagi yang bekerja, sudah pasti sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Bagi suri rumah pula, sudah pasti sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Nak keluar rumah pun tak sempat! Bila dah penat tu, cuti pun rasa macam nak spend waktu dekat rumah sahaja kan?

Langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan membeli-belah secara online. Zaman sekarang ni dah mudah dah, nak beli apa pun semua dihujung jari. As long as kau ada internet connection, dunia pun kau boleh beli. Even kalau nak beli barang dapur pun kau dah boleh beli secara online siap dengan khidmat hantar depan pintu rumah lagi. Oleh itu, harini aku nak memperkenalkan satu website untuk korang shopping secara online dengan mudah. Website yang aku nak perkenalkan dekat korang semua ialah,


Korang pernah dengar mengenai Ezbuy? Kalau ada yang masih belum tahu, Ezbuy merupakan satu platform dimana korang boleh shopping secara online dengan mudah. Apa yang menariknya tentang Ezbuy ialah, barang-barang yang dijual di website tersebut merupakan barangan daripada China, Taiwan dan USA. Kalau kita nak shopping dekat overseas banyak juga kos yang perlu kita laburkan. Tiket flight sahaja dah menelan belanja beribu. Tetapi dengan Ezbuy, korang tak payah travel dekat luar negara pun dah boleh beli barangan daripada negara mereka. Malah harga yang ditawarkan di Ezbuy ni pula sangatlah berpatutan dan murah!

Interface Ezbuy.my
Interface Ezbuy.my
Banyak barangan yang dijual di ezbuy. Antaraya ialah baju wanita, baju lelaki, barang sukan, kasut, baju, beg dan sebagainya. Kalau aku nak list satu-satu sampai esok pun tak habis. Pilihan barang di ezbuy juga banyak dan pelbagai. Kalau korang nak survey barang pun boleh rambang mata juga nak pilih yang mana berkenan di hati sebab semua cantik cantik (of course aku dah survey dulu hehe). Interface website ni bagi aku sangat mesra pengguna sebab tersusun dan senang untuk aku mencari barang yang aku nak.
Harga barangan bawah RM30
Harga barangan bawah RM30 sahaja

Antara perkara yang menarik perhatian aku untuk menggunakan platform Ezbuy ini ialah kerana terdapat harga barangan di bawah RM30. Aku selalu berpendapat kalau nak beli barang dari overseas ni bukannya murah, belum kira nak convert kepada matawang negara mereka lagi. Tetapi dekat Ezbuy ni, barang-barang yang dijual semuanya menggunakan matawang negara kita. Lepastu ada section "Under RM30" pula memang sedap la kalau korang nak beli barang. Mana tahu tiba-tiba barang yang korang cari tengah promotion dekat situ. Bolehlah terus beli dengan gembiranya.
Things I want

/Diskaun yang banyak


Aku dah study habis website Ezbuy ni. Banyak sangat barang sampai aku tak tahu nak beli yang mana satu. Tapi seriously ah bila aku tengok this bed sheet nampak cantik sangat! Aku ni memang seorang yang sukakan typography. So anything yang ada typography nampak sangat cantik dan kemas di mata aku. Besides, dia punya design pun minimalist. Tak terlampau crowded dengan bermacam-macam pattern. Aku ni dah macam sindrom mak-mak dah ni tiba-tiba usha cadar katil. Kalau korang tengok harga asal bed sheet ni, daripada RM1700 dia bagi offer sampai harga dia jadi RM127.14 sen sahaja! 92% kot dia punya diskaun. Gila tak murah?

Beg untuk budak sekolah tapi aku tak peduli

Walaupun dia tulis dekat description backpack tu "high school student" tapi aku peduli apa hahaha. Aku ni forever 17 kot. Lepas ni nak masuk sekolah balik ha. Sesuai sangat lah kalau aku nak beli beg ni. Aku sebenarnya dah nampak banyak kali beg macam ni dekat Malaysia ni tapi not sure berapa harga dia. Bila tengok dekat Ezbuy ni harga dia after discount 82% dah jadi RM92.14 terus aku bercita-cita tinggi untuk beli beg ni! Bukan apa, bila ada beg ni senang nak letak barang-barang macam laptop, phone, dslr dan sebagainya. Aku tak suka bawa laptop briefcase (betul ke briefcase?) untuk pergi kemana-mana. Lebih prefer untuk pakai backpack. Feeling-feeling budak sekolah lah sikit.
Harga postage?
Disebabkan barang-barang yang ada di Ezbuy ni merupakan barangan luar negara, mesti korang risau tentang harga shipping yang akan dikenakan apabila korang berbelanja kan? Jangan risau, pada pendapat aku harga yang dikenakan sangat reasonable dengan barang yang dijual. Contohnya macam bed sheet di atas, harga untuk shipping adalah RM22.50. Manakala bagi backpack pula, harga shipping yang dikenakan sebanyak RM9 sahaja. Bergantunglah pada barang apa yang korang pilih selepas diambil kira berat, kuantiti semua tu.
PRIME MEMBERSHIP
Keistimewaan PRIME di Ezbuy
DON'T BE SURPRISED!

Untuk makluman semua, Ezbuy memperkenalkan "PRIME" kepada pengguna-pengguna mereka. Apa itu PRIME? PRIME ni dikira macam satu keahlian yang korang kena bayar sekali sahaja untuk setahun. Apa keistimewaannya? Kalau korang jadi ahli PRIME, korang akan menikmati harga shipping yang tetap iaitu hanya RM8.80 SAHAJA. RM8.80 ni harga shipping untuk apa-apa barang tak kira jumlah, saiz, kuantiti dan sebagainya. Untung sangat kan? Banyak sangat yang korang boleh save. Hanya cuma bayar RM188.00 sahaja untuk setahun bagi menikmati keistimewaan tersebut. Namun, ada sesetengah barang yang tidak dibenarkan untuk menggunakan PRIME. Kalau anda masih ragu-ragu, boleh cuba 5 Days trial dengan hanya RM18.80 dan nikmati harga shipping yang tetap sebanyak RM8.80 selama 5 hari.

TAWARAN ISTIMEWA!

Disebabkan korang setia membaca coretan aku sampai habis, aku nak belanja korang RM15 baucer beli-belah di Ezbuy.my! Tanpa melengahkah masa, jom daftar di Ezbuy menggunakan LINK INI <-- click untuk daftar . Selepas sahaja anda daftar akaun, anda akan memperolehi baucer sebanyak RM15. Selamat bershopping!Memang easy kan dengan Ezbuy ni? :)

Thanks for reading. Nanti aku akan update barang apa yang aku beli dekat sini. jeng jeng jeng.

PENGALAMAN SEORANG PELAJAR TESL - APA YANG TELAH DIPELAJARI

$
0
0
Pengalaman Seorang Pelajar TESL

Assalamualaikum dan Hi!

"English saya lemah boleh ke saya nak apply TESL?"
"Kalau ambil TESL belajar English saja ke?"
"Saya speaking English tak boleh sangat, macam mana nak interview TESL nanti?"
"Kalau ambil TESL tak nak jadi cikgu boleh ke?"

First of all, sebelum aku mula untuk menaip dengan lebih panjang berjela-jela 10 muka surat, kau tahu tak TESL tu apa? Kalau tak tahu, TESL ialah singkatan kepada Teaching English as a Second Language. The word"teaching" indicates that TESL students are going to be an English teacher in the future. Beza diploma/ijazah Bahasa Inggeris dengan TESL ialah, TESL ni more specific to education. Kau akan belajar cara-cara nak handle budak, cara-cara nak mengajar and all that kind of school-related stuff. Manakala, kalau kau ambil course Bahasa Inggeris sahaja, jurusan tu lebih general (aku tak tahu sangat apa content dia so tak boleh nak ulas). Ambil TESL tak semestinya kau kena jadi cikgu, boleh sahaja kau jadi benda lain sebab bidang bahasa ni luas.

English merupakan salah satu subjek kegemaran aku sejak di bangku sekolah lagi. Kalau ada subject English dekat sekolah, aku lah manusia yang paling excited nak belajar. Kalau teacher English tak masuk kelas waktu tu, I was the one who disappointed because the only subject I love is English. Tapi still, English aku wasn't that good walaupun dapat A on paper kan. Grammar apa semua berterabur. Since I love English very much, I decided to further my studies in TESL.

Jujur aku cakap, sebagai pelajar lepasan sekolah agama, aku macam culture shock juga lah bila ambil TESL ni. Sebab apa? Masuk sahaja maktab tu semua orang speaking. Time dekat sekolah agama dulu memang boleh kira berapa kali sahaja kami communicate guna English (only during English classes and club to be exact). Aku rasa macam awkward dan malu nak cakap bahasa Inggeris waktu aku foundation. Lepas aku dah go through macam-macam latihan, kuiz, assignment dan sebagainya, baru tahu yang aku punya level English tu biasa sahaja. Aku memang lemah sangat grammar waktu tu. Even simple grammar rules pun aku boleh tak tahu (sebenarnya time dekat sekolah pun markah English aku rendah bahagian grammar). Daripada situlah terbitnya rasa macam menyesal ambil TESL
APA YANG AKAN ANDA PELAJARI DALAM BIDANG TESL?
1. Grammar

Waktu foundation ialah waktu kau menguatkan segala knowledge kau tentang bahasa especially grammar. Seriously grammar yang kau belajar dekat sekolah tu baru sikit sebenarnya. There's a lot more type of grammar yang tak pernah didengari. Aku bayangkan bila ambil TESL ni akan belajar singular plural sahaja (sebab nak ajar budak-budak kan) hahaha rupanya lebih daripada tu. Bila masuk degree pula kau akan didedahkan dengan phonetics. Sebutan setiap huruf, macam mana nak baca simbol yang kau selalu tengok dekat dictionary tu. Waktu foundation pun ada tapi tak cukup mendalam la.

Bawah ni merupakan contoh phonemic chart yang aku dah belajar 
fuhhhhh complicated juga benda ni time buat assignment dulu haha.
Phonemic Chart
2. Teaching

Bila kau dah dilengkapkan dengan basic English yang kau perlu tahu, kau akan diajar cara untuk mengajar English pula. There are many fun ways to teach English. Itu yang lecturer-lecturer aku ajar dekat maktab. Kalau dulu waktu aku kecil, belajar English best tapi agak bosan sebab teacher-centered. Cikgu sahaja yang akan bercakap dan kita just dengar sambil buat latihan. Sekarang ni, selepas KSSR diperkenalkan ada elemen Language Arts di dalam subjek English. Language arts tu best sebab budak-budak akan belajar melalui lagu, cerita, seni dan sebagainya. So, sebagai seorang pelajar TESL, kau juga akan diajar cara untuk menerapkan elemen-elemen fun dalam pengajaran

Cakap sahaja apa yang aku tak buat zaman aku belajar dulu. Kalau nak ikutkan aku punya pemalu ni, nak berdiri depan orang ramai pun tak boleh. Tapi disebabkan aku ambil TESL ni, macam-macam perkara aku dah harungi. Antaranya ialah berlakon, menyanyi (yeah I sang during my lesson in school), story-telling dan sebagainya. Mula-mula tu rasa malu sebab aku memang tak biasa buat kerja macamtu. Tapi memang tuntutan course macamtu, kalau buat nak tak nak sahaja rendah la markah kau. Struggle jugalah nak berlakon dalam English dulu tu. Rasa macam tak natural langsung sebab speaking pun sangkut-sangkut huh!

3. Teori

Okay ini antara benda yang kau kena hadap bila ambil TESL ni sebab banyak sangat teori-teori yang kau kena hafal. Teori-teori ni memang berguna untuk kau ingat dan tahu sebab bila kau nak buat assignment kau kena ada reference. At least boleh kau kaitkan dengan penulisan kau tu. Selain itu juga, banyak teori lain lagi kau kena tahu seperti teori perkembangan kanak-kanak, teori pembelajaran dan sebagainya (sebab dah lupa hahaha). Mostly teori ni kau rasa susah waktu foundation sahaja sebab waktu tu semua benda pun kau kena hafal. Bila kau dah sambung ke degree, fokus dia lebih kepada teaching content and strategies sahaja.

4. Elektif

Walaupun kau ambil TESL, itu tak bermakna kau takda belajar subjek lain. Kalau dekat IPG, kau kena ambil subjek elektif. Antara pilihannya ialah Seni, Sains, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Moral dan sebagainya. Lain IPG lain subjek elektif yang ditawarkan. Kiranya kalau kau masuk sekolah, if kau tak ajar English, kau boleh la ajar subjek yang lain. Itulah pentingnya ada elektif. Aku dulu ambil seni. Walaupun aku ni tak berseni mana, tapi inshaAllah kalau aku kena ajar subjek seni kira dapatlah aku ajar sikit-sikit walaupun lukis gambar kucing jadi panda.

Aku rasa itu sahaja yang aku boleh share pada entry kali ini. Kalau nak ikutkan banyak lagi benda yang aku nak ceritakan, tapi aku rasa macam dah boleh dibukukan pula bila nak cakap pasal TESL ni. Nasihat abang kepada adik-adik yang nak ambil TESL, just go for it! Takpa, kalau tak reti boleh belajar. Yang penting ada minat dan usaha. Kalau nak ikutkan, dulu abang pun nak give up dah adik oi. Tapi bila fikir "inilah jalan yang aku ambil, takkan nak berhenti di tengah jalan?" lepastu fikir pula "kalau orang lain boleh? kenapa kita tidak?". Lemah takpa, yang penting usaha tu kena lebih sikit dan jangan give up. Rajinkan bertanya kawan yang boleh membantu dan praktis bahasa tu (practice makes perfect kan?)

Note: Penulisan ini berdasarkan pengalaman penulis di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tak pasti pula macam mana program TESL di Universiti lain macam mana. Most likely sama sahaja kot rasanya. Kalau ada beza pun tak jauh sangat.

DAPAT HADIAH DARIPADA LAZADA

$
0
0
Dapat Hadiah Daripada Lazada Malaysia

Assalamualaikum dan hello! :)

Okay, harini akulah orang yang paling bahagia sekali dekat dunia ni. Siapa tak happy kan bila dapat hadiah? lagi-lagi bila hadiah yang kita dapat tu merupakan hadiah yang kita nak. Bukannya senang orang nak bagi hadiah dekat kita. Biasanya kita akan dapat hadiah daripada orang-orang yang rapat dengan kita sahaja. Mana ada total random strangers yang akan bagi kau hadiah (unless kau Siti Nurhaliza tak hairanlah). Kalau kau nobody macam aku, memang harapan la nak orang bagi kau hadiah. Kena ada partner lah dulu kot. Mana tahu pakwe/makwe kau nak buat surprise birthday naik  limousine. So, bila dapat hadiah daripada Lazada ni pun aku dah cukup bersyukur :')

Actually Lazada bukannya bagi hadiah randomly dekat aku pun hahaha padan muka kena tipu. Sebenarnya "hadiah" yang aku maksudkan ialah hasil daripada baucer shopping yang aku menang dekat lazada waktuLazada Birthday Bloger Contest dulu. Sebenarnya dah lama dah dapat baucer RM150 tu. Tetapi disebabkan aku tiada online banking, aku terpaksa peram lama-lama baucer tu. Kebetulan pula waktu Minggu Amanah Saham dekat Temerloh baru-baru ni, Maybank ada buka booth. Aku terus buka akaun dan daftar Maybank2u dekat situ! Lepas ni memang kencang lah aku beli barang online.

Disebabkan aku bakal masuk ke sekolah pada 2 Mei ni, so sebelum bekerja better aku persiapkan apa yang patut. Bila fikir balik barang-barang yang aku takda, memang banyaklah. Antaranya ialah jam tangan. Dah lama sangat sebenarnya nak beli jam tangan tapi takda duit lagi nak beli (sobs). Kebetulan pula ada baucer Lazada ni, memang senang lah kerja aku. Semalam aku mula survey jam-jam tangan yang menarik untuk dibeli di Lazada. Memang banyak sangat sampai aku tak tahu nak pilih mana satu. Baru aku sedar yang aku ni tak boleh la shopping online. I NEED TO FEEL AND TOUCH THE THING barulah boleh tahu jam tu kualiti dia macam mana kan?

Casio Men White Dial Stainless Steel Strap Watch
Lepas penat aku study website lazada tu yang setiap page dia tu habis aku teroka, I've decided to buy this watch!hahaha aku tak tahu la cantik ke tidak di mata korang. Tapi bagi aku okay sahaja kot sebab dia simple sahaja designnya and mungkin kalau ada warna biru ke dekat ring (cermin) dia tu lagi okay kot. Mana-mana pun okay lah sebab tengok gambar macam cantik kan?

Feedback

Lagi satu, aku beli jam ni sebab dia punya reviews semua elok-elok. hahaha aku terpengaruh weh dengan apa yang orang tulis dekat situ. Sebab semua cakap cantik, so aku pun lebih berkeyakinan untuk beli jam ni. Dasar takda pendirian diri betul syed! lemah betul sebab boleh terpengaruh dengan kata-kata manusia macamni! huh. So, tanpa berfikir panjang aku pun order lah jam tersebut.

Order hari semalam harini dah sampai!

Apa yang best dengan Lazada ni ialah, shipping dia cepat gila. Aku order semalam dan harini dah sampai dah! (except for another thing yang aku order sebab barang tu dari China so impossible lah). I'm so excited bila nampak van Pos Laju depan pintu rumah aku tadi haha. Rasa macam bagi hadiah dekat diri sendiri pula, tapi seronok! *iyalah takda orang nak bagi hadiah dekat kita kan :(

Jam dah sampai

Tadaaa! inilah dia rupa jam yang aku dah dapat tu. Memang puas hati la dengan barang ni. Apa yang aku tengok dalam gambar tu, sebijik la dengan apa yang aku dapat. Jam pun di bungkus dengan kemas, takda calar-balar semua siap ada bubble wrap lagi. So, memang puas hati habis.

Teruja dapat jam baru

Ni nak bagi gambaran yang lebih jelas lagi 
SESI PHOTOSHOOT
Men's Watch

Ingat manusia sahaja yang nak photoshoot? Jam aku pun kena lah juga photoshoot. Sexy betul jam ni dengan sentuhan seorang syed ni fuhh.

Men's Watch

Cantik pula gambar aku tangkap ni. Dah macam advertisement jam dah ni. Tiba-tiba rasa macam nak jual jam bila tengok gambar ni hahaha okay puji diri sendiri lagi.

Men's Watch

Perghhh tu sebenarnya tangan ke atau arang? Macam kayu pun ada juga. Kayu yang orang dah buat unggun api tu ha. hahahaha tolong bagitahu aku guys.

Thanks Lazada for the voucher! :')
and
Thanks everyone who reads this super lengthy post
(tak percaya aku taip sepanjang ni pasal jam hahaha!)

CARA DAPATKAN TIKET WAYANG PERCUMA DARIPADA GSC

$
0
0
Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

Assalamualaikum dan Hi!

Sekarang ni aku dalam fasa bermalas-malasan untuk update blog. Kalau kau dapat baca entry ni dekat blog, means aku dah berjaya melawan segala sifat malas yang bersarang dalam diri aku harini. Aku rasa mungkin kerisauan nak masuk ke alam pekerjaan yang membuatkan aku banyak berfikir. Antaranya ialah nak pack apa, dapat sekolah mana, nak sewa rumah mana and so on. Tapi yang menariknya, aku risau pasal banyak benda and aku tak settlekan apa-apa pun lagi padahal esok dah nak pergi Kuantan! haha. Itulah perangai Seorang Syed yang sebenar, sobs.

Entry kali ni aku nak berkongsi cara-cara untuk korang dapatkan tiket wayang percuma daripada GSC!Tolonglah excited! haha. Bila sebut sahaja barang free, siapa yang tak nak kan? Bila dapat merasa benda-benda free ni nikmat dia lain macam sikit. Contohnya kalau kawan belanja makan, makanan tu tiba-tiba rasa macam sedap daripada biasa. Kalau GSC bagi tiket movie pula, walaupun kau kecewa dengan movie yang kau tengok, takdalah rasa kecewa sangat BECAUSE IT'S FREE
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN TIKET WAYANG PERCUMA
1) Daftar sebagai ahli GSC di [sini] 

2) Dah ada akaun senang lah nak beli tiket wayang secara online. Tak payah la kau nak beratur panjang-panjang especially during weekends. Berjanggut jugalah nak tunggu turn kau kan

3) Wait for your birthday

4) Chek your e-mail

Sebenarnya benda yang paling penting ialah yang ke-3 sahaja! hahaha (sebab kalau tak birthday kau, tak dapatlah tiket free). Untuk setiap ahli GSC, mereka akan memberi 2 tiket wayang percuma kepada korang yang mendaftar. Movies yang korang boleh tengok hanyalah movies yang bertanda (*) sahaja. Tapi banyak juga pilihan movies yang baru bukannya movies yang ketinggalan zaman. Aku tak tahu pun boleh dapat tiket wayang percuma bila daftar sebagai ahli GSC. Sampailah aku check email aku baru-baru ni,

Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

Bila baca sahaja email ni, memang excited habis lah! At least kalau kau seorang yang forever alone, takda orang nak celebrate birthday kau, this would be perfect. Dapat juga merasa hadiah daripada takda kan? (kenapa rasa macam loser sangat ni). Nasib baik aku tergerak hati nak check aku punya email, kalau tidak memang goodbye lah free tickets ni. Tempoh kau boleh redeem free tickets ni ialah sepanjang bulan kelahiran kau. Contohnya kalau kau lahir 12 April, kau boleh redeem sampai 30 April. Lama juga masa yang dia bagi untuk kau fikir nak tengok cerita apa, nak tengok dengan siapa dan so on. It's quite cool isn't it?
MOVIE PILIHAN SEORANG SYED?
Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

I went to GSC last Wednesday dan movie yang ada (*) waktu itu ialah Smurf sahaja! I don't really like to watch cartoon at cinema, but since it's freewhy not? Aku pergi cinema dengan cousin aku ya, bukan dengan awek okay sebab aku terlampau hot untuk diorang and they can't handle me hahaha padahal tak laku. Movie lain ada, tapi kena datang hari lain. Disebabkan aku malas nak ulang banyak kali pergi mall tu, so hadap sahaja apa yang ada.

Smurfs : The Lost Village

Bagi aku cerita ni best gila. Walaupun cerita kartun, tetapi banyak pengajaran yang boleh diambil. Bagi aku ini bukan antara cerita kartun yang bosanlah. Aku suka idea dia dimana setiap smurf ni ada nama dia sendiri contohnya "Clumsy, Hefty, Brainy". Setiap nama itu melambangkan karakter smurf tu sendiri. Kalau smurf yang clumsy tu memang clumsy habis la rasa nak lempang pula kalau ada depan aku tu. Kalau Brainy pula memang antara smurf yang bijak, semua benda kena refer buku dan dia ada gadget (iaitu kumbang) yang boleh tangkap gambar. It's cool. Lastly, Hefty pula smurf yang sado, kuat dan berani unlike the other smurfs.

Cerita ini mengajar penonton untuk menerima sesiapa seadanya tak kisahlah background dia macam mana sekali pun. Kalau kau nak tahu, Smurf perempuan dalam cerita ni (Smurfette) merupakan smurf jadian yang dicipta oleh ahli sihir. Ahli sihir tu kira nak gunakan dia untuk menculik semua smurfs yang ada sebab dia tak jumpa lagi kampung smurfs ni dekat mana. Unfortunately, it doesn't work. Plan tu tak berhasil, walaupun dia dicipta oleh ahli sihir yang jahat. Apa yang penting ialah hati. She has a kind heart unlike her creator. Dia yang menyelamatkan semua smurfs yang ada. She even willing to sacrifice herself sebab dia percaya, benda yang berlaku tu semua berpunca daripada dia. Okay aku suka gila ending cerita ni :')

Nak tahu lebih lanjut? itu kau kena tengok sendiri lah sebab kalau ikut aku review nanti kau tak larat nak baca haha. Tak sia-sia aku pilih untuk tengok movie Smurf ni. Thanks GSC for the free tickets and happy birthday to you too! :)

SENARAI PEMENANG SEGMEN "SEORANG SYED NAK BLOGLIST!"

$
0
0
Senarai Pemenang Segmen Seorang Syed

Assalamualaikum dan Hi!

First of all, nak minta maaf kepada semua jika pengumuman ni agak lambat dari yang dijangkakan. Bukannya sibuk gila-gila macam perdana menteri bila mula bekerja ni. Tapi masalahnya internet dekat tempat saya bekerja dan rumah sewa tidak mengizinkan. Kalau ada line Edge pun jadilah, ini jangan kata Edge, GPRS pun susah nak dapat. Most of the time phone aku boleh guna untuk emergency calls sahaja. Lepastu aktiviti sekolah pula kena pergi hutan juga selama dua hari. Nak curi masa untuk update pun tak lepas sebab dekat sana pun takda line. Jadi, harap maafkan syed ya?

Alhamdulillah, pada 18 April yang lalu, Seorang Syed telah berjaya melancarkan satu segmen untuk mencari blog list. Terharu sangat dengan penyertaan seramai 57 orang!Mula-mula aku target dalam 20 penyertaan sahaja. Sebab yelah kan, blog noob lagi dan followers pun tak ramai. Syukur sangat-sangat bila ada yang sudi menyertai dan support segmen blog Seorang Syed yang masih baru bertapak dalam dunia blog ni (tapi dah menghilang kejap dah sekarang. haha!). Terharu juga dengan feedback yang diberikan oleh semua peserta. Tak terungkap dengan kata-kata, I enjoyed reading each and every post of the participants. Daripada penyertaan korang semua, inshaAllah boleh aku buat penambahbaikan dan baiki apa yang patut.

Bila ramai peserta yang join ni, aku rasa macam serba salah nak pilih pemenang. Semua penyertaan pun rasa macam best. Tak tahu nak pilih mana satu. Risau juga kalau ada yang terasa hati kalau tak menang ke apa. Haraplah followers Seorang Syed ni semua chill untuk menerima keputusan ini dengan berlapang dada. Rasa serba salah sebab effort yang korang buat untuk tulis post tu bermakna sangat bagi aku. Ada yang tengah busy, mengantuk, takda masa pun masih sanggup meluangkan masa untuk join segmen aku ni. Aku jadi tak tentu arah, mandi tak basah tidur tak lena hehe (okay tipu). Diharapkan keputusan yang aku bakal umumkan ini diterima baik oleh semua peserta! :)

* click untuk lihat senarai peserta dan boleh blogwalking ke blog mereka sekali

DUA PEMENANG BERTUAH YANG AKAN MEMENANGI TIKET PENERBANGAN KE KOREA RM10 SETIAP SEORANG IALAH *drum rolls




Tahniah buat kedua-dua pemenang yang telah dipilih! kalau tengok dari segi penulisan, kedua-dua mereka ada gaya penulisan sendiri yang menarik hati aku. Bukannya aku nak cakap orang lain takda penulisan yang bagus, tak langsung. Cuma cara mereka state reasons and review blog aku tu membuatkan aku terpaut hati untuk pilih mereka sebagai pemenang! Actually sukar juga untuk aku membuat pemilihan ni. Terpaksa go through balik setiap penyertaan demi penyertaan. Eyqa, make sure you use my RM10 just to buy novel! jangan beli benda lain okay haha.

Disebabkan penyertaan lebih dari aku punya expectation, tak dapat lah aku nak masukkan kesemua 57 blog di dalam blog list aku. Nanti aku yang tak terkejar nak blogwalking dekat blog mana satu kan? So, aku akan pilih 20 blog yang lain untuk berada di dalam blog aku.

20 BLOG YANG BERTUAH


Kepada yang tidak terpilih, maaf sangat-sangat saya ucapkan. Terima kasih sudi join segmen yang saya anjurkan. Buat para pemenang sila hubungi saya di email syedhakimalyahya@gmail.com untuk menuntut hadiah anda! hehehe. Harap jangan serik okay nak join segmen Syed lepas ni? InshaAllah, walaupun korang tak terpilih dalam blog list Syed, Syed akan sentiasa terjah juga blog-blog kalian. Thanks again for your support! :)


PHONE ROSAK PUNCA SEORANG SYED BERDIAM DIRI

$
0
0

Assalamualaikum dan Hi!

Dah lama rasanya tak menaip dekat blog ni. Allah sahaja yang tahu betapa aku rindu untuk melihat blog aku dihiasi coretan-coretan Seorang Syed. Alhamdulillah, harini aku cuba untuk clearkan kepada semua fans-fans aku (hahaha please Syed) tentang kenapa aku tak update blog. It's not that I've been really busy these few weeks. Tapi seriously banyak ujian-ujian yang mendatang lepas aku mula mengharungi alam pekerjaan ni. Firstly, aku pengguna Umobile dan malangnya rangkaian Umobile sangat teruk dekat sekolah aku. Tambahan lagi dekat rumah sewa aku pun aku tak dapat access kepada internet. Rugilah aku bayar RM70 tu tanpa sebarang penggunaan internet kan? So. I've changed to Celcom.

Walaupun Celcom punya line pun takdalah bagus mana pun. Rangkaian dekat sekolah aku pun not that stable. Kadang-kadang sahaja dapat 3G. most of the time dapat 2G sahaja and kadang-kadang GPRS. Apa yang penting, better daripada Umobile la even monthly aku kena bayar RM80. Aku tak kisah sangat la sebab dah mula kerja kan, so kena invest la sikit untuk penggunaan aku sendiri sebab dah ada gaji kan. Lepas beberapa hari aku guna Celcom (tak sampai seminggu pun seriously), phone aku buat hal. Phone aku tiba-tiba terpadam sendiri waktu aku tengah charge. Nak on balik semula tak boleh sebab dia stuck dekat loading screen. Insan mana yang tak kecewa teman-temanku sekalian? :(

Aku tak kisah kalau dia nak rosak bila aku jatuhkan dia dalam longkang atau jamban. Tapi masalahnya boleh pula dia rosak waktu aku tak gunakan langsung. Dah la waktu tu aku tengah tidur. Bertambah stress pula rasanya! Makluman untuk apa-apa aktiviti sekolah dah la semua ada dekat whatsapp. Takda phone ni buat aku rasa macam orang bodoh yang tak tahu apa-apa perkembangan dunia. Nak bagitahu cikgu-cikgu lain tak dapat maklumat sebab phone rosak pun rasa macam "lame nya alasan kau ni Syed". Rasa down sekejap sebab phone aku tu masih under warrantyThe best part is aku dah buang resit pembelian phone tu sebab aku rasa dah nak setahun and mustahil akan rosak hahaha.

Alhamdulillah, berbekalkan kebijaksanaan aku, aku berjaya dapatkan salinan resit pembelian untuk bukti nak claim warranty. Semalam lepas habis waktu sekolah terus bertolak ke Kuantan daripada Temerloh. Semalam juga nyaris dua kali nak accident sebab mengantuk punya pasal. Penat kot baru balik sekolah terus kena gerak ke Kuantan. Nak kejar masa sebab takut office dia tutup padahal dah sampai pun tak boleh proceed sebab takda bil. Thank god, ada cousin yang sudi membantu untuk passkan phone tu semalam and I need to wait 2 weeks approximately to get my phone back. Hopefully, everything is good and haraplah dapat replacement phone baru.

Dah lama juga tak melawat blog kawan-kawan blogger. Bukan tak nak atau takda masa, tapi ni la halangannya. Rasa macam bersalah sangat sebab tak blogwalking dah. Masalahnya aku nak buka blogger dashboard pun dah struggle macam apa. Belum lagi nak loading blog-blog, satu malam pun tak habis loading lagi agaknya. Maaf ya, nanti bila semua masalah dah selesai I'll try my best to visit everyone! 

Tak sabar nak tulis pasal hari guru, kerja baru and stuff. tapi tulah banyak sangat halangannya. InshaAllah aku akan tulis juga apa yang dah dirancang tu satu hari nanti. Amin, thanks for reading walaupun blog aku dah lama tak berupdate. Aku rasa sangat terharu sebab ada juga yang singgah tiap hari walaupun tanpa ada pengisian apa-apa dalam blog aku. I really appreciate it guys! Thanks again for your support :)

TIPS TEMUDUGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) DAN CONTOH SOALAN

$
0
0
Contoh Soalan Temuduga IPG

Assalamualaikum dan Hai!

Atas sebab banyak komen-komen dan email yang diterima daripada pembaca blog saya yang bertanyakan tentang tips untuk temuduga IPG, saya mengambil keputusan untuk menulis serba sedikit sebagai panduan kepada adik-adik. Walaupun internet sangat tidak mengizinkan di sini but I'll try my best to post this article as soon as possible. Saya telah menjalani temuduga IPG pada tahun 2011 yang lalu dan sekarang sudah bergelar sebagai salah seorang guru. Enam tahun yang lalu saya juga berasa tidak yakin dan tidak percaya bahawa saya akan terpilih untuk menjadi salah seorang pelajar di IPG dan seterusnya bergelar seorang guru. Apa yang bakal saya kongsikan ini ialah berdasarkan pengalaman yang saya lalui ketika temuduga tersebut.
TIPS TEMUDUGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU 
1) Pakaian

Salah satu perkara yang paling penting ialah berpakaian dengan kemas dan sesuai. Waktu aku interview dulu adalah sorang mamat ni selamba sahaja dia pakai baju kemeja kotak-kotak dia dengan kasut converse dan berseluar macam seluar jeans. Aku tak tahu apa masalah dia waktu tu tapi dia datang lambat and he didn't bring along his documents. Mungkin mak ayah paksa ke apa, tapi that's not the issue. Make sure kau datang dengan preparation dan pakaian yang presentable. Jangan memalukan diri sendiri and please dress like a teacher. Takkan kau nak pergi temuduga tapi pakai pakaian nak lepak dekat Pavilion kan? Dengan berpakaian kemas, inshaAllah penemuduga akan ada penilaian yang baik terhadap kita. Markah dari segi pakaian juga ada diambil kira oleh panel penemuduga.

2) Dokumen

Apa sahaja dokumen yang telah disenaraikan amat penting untuk dibawa sewaktu temuduga. Jangan terlampau risau sangat dengan sesi temuduga yang bakal berlangsung. Kalau dokumen tu tak lengkap, nanti benda tu akan menyusahkan kau untuk pergi print, fotostat dan sebagainya. Sebaik-baiknya sebelum bertolak ke tempat interview yang telah ditetapkan, make sure everything is ready and good to go. Kalau boleh, buat persediaan awal untuk dokumen-dokumen tu. Kalau buat last minute nanti akan ada dokumen yang tercicir dan sebagainya (macam berpengalaman pulak kahkah)

3) Be confident

Kau cuak macam mana sekalipun sewaktu interview berlangsung, please get rid of those feelings and be confident instead. Kalau kau terlampau insecure dan fikir macam-macam waktu tu, benda tu akan affect kau punya cara penyampaian. Daripada body language pun dah boleh tahu kau ni jenis yang macam mana. Jangan tunjukkan yang kau tu nervous sangat. Kalau andai kata kau cakap benda yang salah pun, konfiden sahaja. Buat calon yang akan interview dalam Bahasa Inggeris, aku nasihatkan benda yang sama juga. Kalau grammar kau ke laut mana sekalipun, just dont bother about it. Apa yang penting kau punya maksud tu sampai dah mencukupi. Aku faham sesetengah orang bukannya lahir-lahir terus cakap English, so jangan risau interviewers tu pun faham. Kalau macam aku dulu selalu praktis cakap sorang-sorang sebelum interview sebab takut nanti tergagap kan. 

4) Baca tentang isu-isu semasa

Jadi seorang guru ni kau kena alert dengan isu-isu sekeliling kau. Apa sahaja yang berlaku dekat segala pelusuk dunia ni kau mesti kena tahu. Macam aku dulu, penemuduga ada tanya apa isu-isu semasa yang aku tahu. Kalau macam sekarang antara isu yang tengah hot ialah mengenai "Transformasi 50". Tak mustahil juga dia tanya kau "Apa pendapat anda tentang Transformasi 50?". Panel yang akan temuduga kau ni lain-lain orangnya. So, kita tak dapat predict apa soalan yang bakal diajukan. Selain dari baca tentang isu-isu semasa, banyakkan juga membaca tentang kabinet-kabinet di Malaysia. Who knows mungkin kau akan ditanya tentang tu. 

5) Buat research tentang course yang diminta

Research di sini bukannya maksud aku kau kena masuk makmal segala bagai haha. Apa yang aku maksudkan ialah banyakkan membuat pembacaan tentang course yang kau apply tersebut. Yelah, kau interview ni untuk sambung kau punya pelajaran kan, of course kau kena ready untuk tunjukkan knowledge kau dalam bidang tersebut. Contohnya kalau kau interview dalam bidang Bahasa Inggeris, kau kena tahu la pasal past tense, present tense semua tu. Sebab akan ada soalan yang berkaitan dengan course yang kau apply. Kalau kau sendiri pun takda knowledge tentang course yang kau apply, macam mana kau nak yakinkan dia untuk ambil kau belajar di IPG? Pendek kata, prepare yourselves. Kau ni kira macam nak berperang lah, sebelum nak berperang kena make sure semua benda lengkap. Baru lah tak gugur di tengah medan perang. Betul tak? 

6) Relax

Akhir sekali, aku rasa kau kena relaks sahaja. Kalau kau ada masuk group-group dekat fb tu, macam-macam orang post bahan-bahan untuk kau baca sebelum interview. Bagi aku, tak payah percaya sangat semua tu. Jangan push diri kau untuk baca semua benda dan percaya semua yang ada dalam group tu. Kalau tidak nanti kau yang akan stress bila hadap segala benda-benda tu. Tak perlu nak ingat semua benda. Kadang-kadang ada penemuduga yang tak tanya soalan-soalan fakta pun, ada yang suruh kau menyanyi or bercerita sahaja. Tapi itu bukannya tiket untuk kau tak baca apa-apa langsung. Cuma, janganlah terlampau push diri kau untuk baca dan ingat semua benda. Take it easy, inshaAllah everything will be fine.
CONTOH SOALAN KETIKA TEMUDUGA
Sesi temuduga akan dijalan dalam dua sesi. Pertama ialah secara berkumpulan dan yang kedua ialah secara individu. 
Berkumpulan
Kau akan dibahagikan kepada kumpulan dah waktu tu. Dalam satu kumpulan ada dalam 6 - 8 orang kot (aku tak berapa ingat yang ni). Kau akan duduk di dalam bulatan sambil menghadap satu sama lain. Interview secara berkumpulan ni dia just nak tengok macam mana kau discuss isu yang dia bagi dan macam mana setiap orang elaborate point masing-masing. Dari sini juga dia tengok kau punya communication skill. Bila interview dalam kumpulan, tolong ada common sense. Tak payahlah kau nak jawab semua benda. Bagi peluang untuk orang lain jawab sama. Kena pandai la ambil giliran masing-masing. Kalau ada ahli kumpulan yang diam, kau tanya lah orang tu untuk bantu dia. Waktu orang lain bercakap pula, jangan interrupt. Biar dia habiskan point dia, barulah kau boleh angkat tangan ke apa kalau ada soalan. 

Tajuk aku waktu interview dulu ialah "Aktiviti kokurikulum apa yang anda pernah terlibat waktu sekolah". Discussion tu akan berlangsung selama 30 minit tak silap aku. Bila dia dah bagi topik tu, bergantung la siapa yang nak start dalam group tu. Kalau kau tengok macam takda yang nak start, kau initiate lah discussion tu, dapatlah point lebih (apa yang diberitahu la, tak tahu ada markah lebih ke tak haha). Panel penemuduga tu akan tengok dari meja dia and observe discussion tu. Sesekali dia akan menyelit juga untuk tanya soalan dekat sesiapa. Bagi aku interview ni sangat fun haha. 10 minit yang terakhir dia akan suruh sorang-sorang untuk buat kesimpulan terhadap perbincangan tersebut.
Individu
- Beritahu saya isu semasa di dalam bidang pendidikan yang anda tahu
- Bayangkan anda akan mengajar murid-murid darjah 3 Grammar. Apa aktiviti yang akan dilakukan?
- Beri saya satu contoh grammar yang anda tahu
- Pendapat tentang grammar (grammar penting tapi kenapa ramai yang speaking tak ikut grammar)
- Isu Nasi Lemak tak boleh jual di sekolah
- Kalau Nasi Lemak tak boleh jual di sekolah, nak ganti dengan apa?
- Child abuse
- Pandangan pasal sukan di Malaysia

Apa yang aku boleh simpulkan, aku punya interviewer sangat berminat untuk tanya soalan tentang isu semasa. Aku rasa I cannot answer most of her questions tapi aku jujur sahaja bagitahu "I don't really read about current issues because it's boring, I prefer to read blogs". Waktu dia suruh bagi contoh grammar yang aku tahu tu, dia siap suruh aku tulis dekat whiteboard macam nak mengajar budak-budak tu. Aku rasa macam aku screwed up gila waktu temuduga secara individu ni. Sebab most of the questions semua berasaskan isu-isu semasa padahal aku waktu tu duduk rumah 5 bulan tak buat apa-apa kerja pun. Tapi janganlah contohi aku, aku bengap sikit waktu tu. Ambil yang positif sahaja boleh lah haha. 

Aku rasa, itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Aku harap perkongsian yang sedikit ini membantu adik-adik yang bakal menjalani temuduga nanti. InshaAllah, everything will be fine for you guys! Good luck and all the best! :)

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

$
0
0

Assalamualaikum dan Hai!

Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar dah tiba bulan Ramadhan. Bersyukur masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Puasa tahun ni rasa lain sikit sebab disambut dengan cuti pertengahan tahun selama 2 minggu. Dah la kerja baru sebulan, lepastu cuti pula 2 minggu hehe. At least, jimat lah sikit duit bila duduk rumah ni sementara tunggu gaji yang tak kunjung tiba tu. Aku seriously takda point sangat pun nak update entry harini. Tapi sengaja push diri sendiri untuk at least ada lah pengisian untuk blog aku ni walaupun agak boring, tapi korang hadap sahaja lah okay?

Sebelum ni selama 5 tahun setengah sambut Ramadhan dekat KL, cuma tahun ni everything is different. Sambut Ramadhan kali ni memang dekat kampung sendiri dan tak dapat bayangkan macam mana kehidupan aku after habis cuti pertengahan tahun ni. Aku dah la duduk rumah sewa dan setakat ni tak mula masak apa-apa pun lagi haha! dapur semua ada, tapi yang takda ialah bahan-bahan nak masak. So, selama sebulan aku duduk rumah sewa ni, aku just panaskan lauk untuk makan sahaja. Tak pernah lagi dapur tu berasap (Oh ya, pernah sekali aku nak masak maggi, lepastu lupa ada letak periuk atas dapur sampai kering air dia dan itulah kali pertama dapur tu betul2 berasap kahkah). Tak dapat bayangkan macam mana puasa dekat rumah sewa tu nanti. Mungkinkah aku akan memasak? Bersama kita nantikan.

Okay aku kena akui yang aku rindu sebenarnya nak berpuasa dengan kawan-kawan waktu dekat IPG dulu. Waktu dekat IPG dulu banyak sangat program yang dibuat waktu bulan puasa ni. Program berbuka puasa sahaja dah tak boleh nak kira dah. Berbuka puasa dengan housemates, classmates, ahli jawatankuasa apa benda lagi semua nak buat majlis berbuka puasa haha. Bagi aku kenangan buka puasa ramai-ramai tu yang best sebenarnya. Kadang-kadang buat potluck sahaja pun, tapi bila makan ramai-ramai berbuka tu jadi seronok. Berikut aku senaraikan perkara-perkara yang aku rindu sepanjang Ramadhan di perantauan
MOMENTS THAT I MISS
1) Iftar with classmates 


Setiap kali bulan puasa mesti kena ada iftar bersama classmates (just because everyone else did) haha. Tapi serious ah mencabar kot nak arrange untuk iftar ramai-ramai. Nak cari tempat pun kemain susah lagi. Aku tak ingat tahun bila, aku suggest tempat berbuka puasa dekat Cheras and it turned out tempat tu mengecewakan gila. Bayar harga punya mahal tapi makanan yang disajikan sikit gila! tak sama macam yang diiklankan dekat twitter. Aku rasa bersalah juga time tu sebab ramai yang tak puas hati. Kalau ikut menu yang dia listkan, ada yang takda pun depan mata. Tapi yang tahun lepas punya memang best, classmate aku cari dekat Groupon and ada discount. Worth the price and rindu nak berbuka dengan korang weh!

2) Gotong royong memasak


Ini antara aktiviti yang aku suka lah waktu bulan Ramadhan. Pihak JPP (perwakilan pelajar) ada keluarkan jadual untuk setiap kelas bagi menyediakan juadah iftar dan moreh. Rindu nak bergotong-royong memasak bagi menyiadakan juadah berbuka puasa. Walaupun aku tak pasti orang lain suka ke tidak buat benda ni, but as long as I enjoyed myself it's good enough kan? Aku suka memasak ramai-ramai ni sebab rasa macam kenduri dan meriah kot. Rindu juga nak makan dalam talam waktu berbuka puasa tu. Biasanya kalau takda duit memang selalu la buka puasa dekat surau. Kalau ada duit sikit, sehari dua tu pergi la berbuka dekat luar. Tapi walau apa pun, budak-budak IPG ni memang pandai memasak bukan hanya pandai mengajar sahaja! Berbuka puasa pun dah rasa macam lauk yang beli dekat restoran dah. Selesai berbuka, terus sambung maghrib berjemaah dekat situ (kena mention ke? haha)

3) Keluar lewat malam


Dekat IPG kalau kau keluar kena balik before 11 malam. Kalau lebih daripada waktu tu, gate dah tutup dan kau kena tulis nama and macam-macamlah. Tetapi, yang bestnya waktu bulan puasa ni ialah waktu curfew dipanjangkan kepada 3 pagi. Maksudnya kau boleh balik ke asrama kau sebelum pukul 3 pagi. Memang heaven la buat semua penghuni asrama waktu tu! Kebanyakannya ramai yang mengambil kesempatan untuk bersahur sama-sama diluar bersama classmates, soulmates dan sebagainya. Kalau macam aku, tahun lepas setiap hari aku pergi lepak Danau Kota. Aku tak tahu pun apa yang aku buat dekat situ tapi serious ah memang seronok pergi Danau Kota sebab aku suka tengok ragam orang. Lepastu beli la apa-apa makanan dekat situ sambil duduk dekat meja makan.

Bila ingat balik memang best lah waktu tu. Ada juga yang ambil kesempatan untuk tengok midnight movie (teruknya orang bulan puasa buat ibadah tapi kita tengok movie haha). Benda ni buat sekali sekala ja. Bukannya tiap hari keluar and tengok movie kan? tapi yang pergi Danau Kota tu memang hampir setiap hari aku pergi kot. Dalam seminggu tu ada 2 3 kali aku pergi. Pergi sana after terawih semua la. Takdalah lepas siap berbuka terus pergi sana. Takda kerja tu namanya hehe.

(waktu ni tengok movie TED dekat Times Square, kalau malam pun kita puasa, aku confirm takda pahala puasa pun aku dapat sebab movie tu penuh dengan carutan yang tak bermanfaat langsung untuk ditonton! haha menyesal)


Zaman-zaman belajar semua dah habis, apa yang tinggal untuk kita hanyalah sekadar kenangan untuk diingati. Terima kasih kawan-kawan kerana hadir di dalam hidup Seorang Syed! Dulu waktu belajar rasa macam tak sabar nak habis, sekarang ni bila dah kerja rasa nak putar kembali masa. Itulah dia manusia, bila benda dah lepas dan berlalu barulah nak ditangisi kahkah. Apa pun, masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam dan juga pembaca blog Seorang Syed. Semoga Ramadahan kali ini membawa 1001 makna dan keberkatan buat kita semua, inshaAllah :)

Thanks for reading! 

TIPS RINGKAS BERFESYEN UNTUK LELAKI

$
0
0
Tips Ringkas Berfesyen Untuk Lelaki

Assalamualaikum dan Hai!

Zaman sekarang ni bukan sahaja perempuan yang harus menjaga penampilan diri. Lelaki juga tidak ketinggalaan dalam dunia fesyen. Banyak kot designer-designer yang datangnya dari kaum lelaki. Kalau tengok daripada style dan trend berpakaian masa kini, pakaian untuk lelaki sudah semakin berkembang dan range of choices sudah semakin banyak. Pendek kata kalau anda pergi berkunjung ke mall-mall, banyak jenis pakaian yang menarik untuk digayakan.

Tidak dinafikan, sesetengah di antara lelaki tidak berapa gemar untuk berfesyen, mereka lebih selesa berpakaian t-shirt dan mengenakan jeans sahaja. Namun, dalam beberapa keadaan mereka terpaksa juga berfesyen seperti menghadiri majlis makan malam dan beberapa majlis besar yang lain. Untuk itu, di sini saya kongsikan dengan anda semua beberapa tips berfesyen yang ringkas untuk anda tahu sebelum anda menggayakan apa-apa jenis fesyen.

Tips Ringkas Berfesyen Untuk Lelaki
Source : Google

1. Jangan terlampau over

Pernah dengar tak pepatah "less is more"? yes, pada pendapat saya seorang lelaki tidak perlu "try hard" dalam berfesyen. Cukuplah sekadar mengenakan pakaian yang simple tapi smart. Tak perlu nak pakai sesuatu baju yang terlampau crowded sampai lebih dari 3 warna ataupun baju yang ada bling-bling penuh satu badan. Yang penting, baju yang anda pilih haruslah sesuai dengan majlis yang anda akan hadiri.

2. Minta pendapat orang sekeliling

Lain orang lain pendapat dia tentang fesyen. Kalau anda seorang yang tidak begitu arif tentang fesyen, get someone to help you out. Jangan malu untuk bertanya pendapat orang. Kalau boleh waktu nak shopping tu, bawa sekali kawan-kawan supaya boleh membantu anda untuk membuat pilihan yang bijak. Kadang-kadang bila kita dengar pendapat orang yang berlainan, baru kita yakin untuk membuat pilihan yang terbaik.

Tips Ringkas Berfesyen Untuk Lelaki

3. Lihat kesesuaian baju dengan anda

Anda kena tahu, bukan semua baju yang ada dipasaran sesuai dipakai oleh anda. Kadang-kadang kita tengok baju tu terletak cantik sahaja dekat badan mannequin, tetapi bila kita pakai jadi sebaliknya. ALWAYS ask yourself whether it suits you or not. Bila dalam fitting room tu, tengok betul-betul sama ada nampak pelik atau tidak baju tu dibadan anda. Kalau anda sendiri rasa ia nampak "awkward"dan tidak sesuai, pilih baju yang lain.

4. Tampil dengan sesuatu yang berbeza

Tampil dengan sesuatu yang berbeza ni bukan maksudnya bukan anda kena tampil dengan fesyen yang luar biasa. Tetapi, apa yang saya cuba sampaikan ialah untuk cuba sesuatu yang baru. Takkan nak keluar pergi mana-mana asyik pakai style yang sama sahaja kan? Sekali sekala, cuba pakai sesuatu yang luar dari kebiasaan anda, mungkin anda akan nampak lebih menyerlah dan berbeza.

Tips Ringkas Berfesyen Untuk Lelaki

5. Buat "research" terlebih dahulu

Kalau anda teringin untuk tampil berbeza dengan fesyen anda, banyakkan buat research. Banyak rujukan-rujukan untuk berfesyen yang anda boleh ambil di internet. Lihat model-model pakaian ataupun public figure mengenakan fesyen mereka. Take note do's and don'ts dalam berfesyen. Saya percaya banyak panduan tentang fesyen yang anda boleh dapatkan di laman sesawang.

Antara website yang boleh anda lawati : Chic Menswear Style Trends

6. Be confident

Ini adalah salah satu faktor paling penting sebenarnya sebelum anda berfesyen. CONFIDENT. Kadang-kadang kalau pakaian kita tu tak berapa kena sangat pun sebenarnya, tapi bila kita confident, nampak elok sahaja baju tu bila kita pakai. Pendek kata, tak payah fikirkan sangat apa pandangan orang lain terhadap apa yang kita pakai. As long as you're confident and comfortable with whatever you wear, it should be fine. Tapi janganlah pula sampai over-confident. Kalau terlebih confident dalam fesyen pun tak berapa digalakkan and it's not healthy. Pandai-pandai la anda untuk pastikan anda berfesyen dengan betul.

Harap perkongsian ringkas ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam berfesyen. Terima kasih kerana sudi membaca :)

PERCUTIAN DENGAN BAJET TERMURAH KE KRABI THAILAND

$
0
0
Percutian bajet murah ke Krabi Thailand

Salam and Hi guys!

Aku ni actually seorang yang suka travel (aku rasa aku dah banyak kali mention pasal ni haha). Banyak juga aku baca tips-tips tentang travel dan juga tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Entry kali ini aku nak share dengan korang semua salah satu tempat yang WAJIBuntuk korang semua pergi dan tempat ini juga merupakan salah satu tempat yang ada dalam list aku lah. Tempat yang aku nak share ni sebenarnya ada dekat Thailand. Kalau dengar sahaja Thailand korang terbayang apa? Kalau aku sudah semestinya terbayang Krabi! Gila lah kan siapa tak tahu Krabi ni dekat mana. Tempat ni memang terkenal dengan keindahan pantainya.

Untuk pengetahuan semua, pantai dekat Krabi ni merupakan salah satu daripada tarikan pelancong. Aku kalau setiap kali tengok gambar-gambar dekat Krabi ni rasa macam geram je nak pergi. Takpa, buat masa ni aku survey dulu macam mana nak merancang percutian bajet untuk ke sana (haruslah percutian bajet sahaja asalkan dapat jejak negara orang kan?). Bagi aku kalau korang travel, tak perlu berhabis banyak kalau setakat nak tengok negara orang especially kalau bab penginapan. Biarlah kita cari backpackers hostel ataupun cari hotel yang murah. Tak perlu berhabis untuk cari hotel 5 bintang. Bukannya nak buat event apa pun dekat situ. Nak tidur sahaja kan?

Disebabkan penginapan merupakan aspek yang terpenting kita kena ambil kira dalam bajet kita, so aku nak senaraikan beberapa hotel atau resort yang korang boleh book kalau korang nak pergi sana. Bab harga korang tak perlu risau sebab memang rate harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan lokasi hotel tersebut! Anda sudah bersedia? Jom kita lihat!
City Hotel Krabi
City Hotel Krabi

Hotel pertama yang aku nak kongsikan ialah City Hotel Krabi. Krabi ni mempunyai banyak tempat menarik yang boleh kita lawati maka pemilihan hotel juga amat penting untuk dititikberatkan. Kalau hotel yang korang pilih jauh dari tempat yang menarik, susah sikit la korang nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Tapi, kalau korang menginap di City Hotel Krabi ni memang sangat sesuai sebab hotel ni dekat sangat dengan tempat-tempat menarik. Korang dapatlah save masa perjalanan untuk bergerak. Tambahan pula, hotel ni terletak di pusat Bandar Krabi dimana ia bertentangan dengan Pasar Malam.

City Hotel Krabi

Kalau korang nak pergi ke Pantai Ao Nang daripada hotel ni, masa yang diambil ialah selama 30 minit. Hotel ni juga berhampiran dengan Pantai Nopparat dan Pantai Klong Muang, serta kawasan tempat makan dan membeli-belah di Krabi. Terdapat lima pilihan bilik yang boleh korang pilih mengikut bajet korang, and yang penting setiap bilik yang terdapat di sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri tau. Tak kurang hebatnya dengan fasiliti dan servis yang terdapat di sini seperti wifi percuma, khidmat menyeterika, mendobi dan sebagainya.
Riverside Hotel
Riverside Hotel, Krabi


Hotel seterusnya ialah Riverside Hotel dimana hotel ni terletak dalam jarak 10 minit dengan pemanduan dari pusat bandar Krabi. Yang bestnya guys, kalau nak pergi ke Krabi River hanya mengambil masa selama lima minit jer dengan berjalan kaki. dekat kan? kira macam tak sempat nak bakar lemak-lemak dekat badan lagi tapi korang dah sampai dulu haha. Manakala Tara Public Park dan Pasar Malam terletak kira-kira dalam jarak lima belas minit pemanduan dari hotel ni. For those yang naik flight ke sini, masa yang diambil kalau korang nak ke hotel ni ialah selama dua puluh lima minit pemanduan

Riverside Hotel, Krabi

Bilik-bilik yang ditawarkan di Riverside dilengkapi dengan TV satelit, peti sejuk, telefon dan meja kerja. Bilik mandi peribadi pula dilengkapi dengan air panas dan sejuk serta ruang yang selesa! Yang penting, harga yang ditawarkan memang murah dan sangat berbaloi, kira macam tak rugilah korang nak belanjakan duit korang untuk hotel ni. Haih aku tengok gambar bilik-bilik dekat hotel ni pun dah mula terbayang dah percutian aku ke Krabi nanti macam mana hehe (angan-angan Mat Jenin ja Syed ni).
Aree Tara Resort
Aree Tara Resort

Haaaa! hotel yang last ni memang sesuai sangat bagi korang yang sukakan konsep elegant dan moden macamtu. Aree Tara Resort terletak kira-kira empat minit kalau korang berjalan kaki dari Pantai Krabi dan lebih kurang sepuluh minit kalau korang berjalan kaki dari Pantao Ao Nang. Hotel ni menawarkan penginapan yang luas dan bertemakan konsep kontemporari moden. Bilik-bilik yang ada dekat hotel ni semuanya dilengkapi dengan balkoni (boleh la nak dating dekat balkoni tu sambil bincang pasal masa depan lol). Selain itu, hotel ni juga turut dilengkapi dengan outdoor swimming pool yang luas! (kau nak berenang seharian dekat situ pun boleh takda masalah).

Aree Tara Resort

Setiap bilik dekat sini mempunyai TV skrin-rata, perabot kayu gelap yang mewah, alat penyaman udara dan alat untuk membuat teh/kopi. Bukan tu jer guys, di sini juga mempunyai bilik mandi peribadi dengan alat pengering rambut. Kalau dah penat seharian pusing-pusing Krabi, korang boleh lah makan di restoran hotel ni yang menyediakan pelbagai masakan yang mampu mencairkan hati korang! (ceh ayat kemain lagi kan?). Since Thailand ni terkenal dengan urutan, korang juga boleh mendapatkan khidmat urutan tradisional daripada orang Thailand sendiri. Menarik tak!? Bila tengok balik gambar-gambar dekat hotel ni, aku rasa hotel ni sangat sesuai for newly weds untuk honeymoon. Setting bilik dia dan hiasan semua bersesuaian sangat untuk buat tempat honeymoon kot! Memang romantik habislah korang dengan pasangan nanti hehe.

Aku rasa itu sahaja antara hotel yang aku nak kongsi dengan korang semua. Aku harap sedikit perkongsian daripada hasil 'research' aku ni membantu korang semua untuk memilih hotel yang sesuai untuk percutian korang nanti. Kalau korang nak tahu lebih banyak senarai hotel yang terdapat di Krabi Thailand, korang boleh la layarihttps://www.traveloka.com/en-my/ untuk mendapatkan hotel idaman korang pada harga yang terendah! Jangan buang masa okay!

DIARI AIDILFITRI SEORANG SYED

$
0
0

*My editing skill has turned out really bad since I haven't used it frequently these days. Sorry for that.

Assalamualaikum and Hi!

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya dapatlah kita bersama-sama menyambut bulan syawal setelah sebulan berpuasa (dah macam muqadimmah kerja kursus dah ni aku rasa). Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin terlebih dahulu saya ucapkan kepada semua pembaca blog Seorang Syed dan juga buat semua rakyat Malaysia yang menyambut. Aku rasa masih belum terlambat rasanya untuk aku menulis tentang hari raya since sekarang pun masih dalam bulan Syawal lagi kan? 

I don't really know what to write about in this entry. I don't have pictures of me celebrating raya with families and that's the worst thing during hari raya that I could think of. Seperti yang aku pernah bagitahu sebelum ni, phone aku rosak and masih tidak berganti. I am planning to buy an iPhone but yeah tunggu masa yang sesuai lah dulu haha. Line internet dekat sini pun masih lagi sama, kadang-kadang sahaja dapat 3G and nak blogwalking tu bapaklah susah loading dia lambat betul sampai aku dah give up.
Erti Sebenar Hari Raya

Waktu aku budak yang masih innocent dulu-dulu, aku selalu ingatkan raya ni semuanya pasal duit raya, baju baru dan makanan. Kalau duit raya sikit, baju raya pun tak cantik dan tak banyak rasa macam tak semangat nak sambut hari raya. Kadang-kadang demand nak baju raya yang mahal saja, yang murah sikit tak nak. Lepastu boleh pula minta-minta duit raya dekat orang dengan tak malunya (tapi budak-budak memang macamtulah kan?). 

Bila kau semakin membesar, kau punya perception tentang hari raya tu dah lain. Aku tak kata aku semakin dewasa atau berfikiran matang. Tapi seriously kau punya perception tentang hari raya tu sekelip mata dah berubah. Kalau dulu kau yang minta duit raya, tapi bila dah besar kau yang kena hulur duit raya. Baju raya? tak rasa macam benda tu perkara wajib pun (sebab takda gaji kot? hahaha). Walaubagaimanapun, still perasaan nak sambut raya tu masih sama. Excited macam biasa sahaja cuma priority kau tu dah berbeza. Erti hari raya tu bukan terletak pada baju baru, duit raya dan sebagainya. Pada aku, hari raya ni cukuplah dapat bersama dengan keluarga.

Raya tahun ni aku cuma ada 2 pasang baju raya sahaja. Satu baju melayu, satu lagi baju kemeja dengan jeans. Kalau ikutkan nak beli baju melayu sahaja. Tapi tak tahulah macam mana boleh terbeli jeans dengan kemeja tu. Mungkin sebab jeans aku semua dah ketat-ketat so ini sajalah peluang aku nak tambah koleksi jeans baru (memang biasanya tambah seluar baru bila raya sahaja hahaha). Hari raya aku tetap happening walaupun ada dua pasang baju raya sahaja, Alhamdulillah.
"Bila Nak Kahwin?"

Ni antara soalan "maut" yang wajib ditanya oleh sanak saudara semua termasuk mak cik sebelah rumah kan? Aku personally rasa soalan tentang perkahwinan ni biasa sahaja. Takdalah maut mana pun. Kadang-kadang tak faham kenapa orang nak triggered sangat dengan soalan ni. Pada pendapat aku, kalau orang tanya tentang kita, that shows they care about us. Mungkin kadang-kadang mak cik pak cik kita ni tak tahu nak mulakan conversation tu macam mana. So, apa yang terlintas itulah yang mereka akan tanya.

Tak perlu nak jawab soalan ni secara sarcastic sangat pun. Jawab dengan baik seperti "InshaAllah, doa-doakanlah saya dapat jodoh yang baik" ataupun jawab secara berseloroh "boleh ja kalau pak cik/mak cik nak sponsor majlis saya". Kan lebih baik tu? Tak payah nak tarik muka awkward ke apa. Benda tu benda normal, dah berusia mestilah kena kahwin. Bezanya cuma jodoh kita dah sampai ataupun tidak sahaja. Don't make things difficult.
Tak Dapat Gaji Lagi

Bulan ni dah masuk 3 bulan aku bekerja Alhamdulillah sekejap sahaja rasanya masa dah berlalu. Kawan-kawan yang sama posting dah ada yang dapat gaji 2 bulan. Aku setakat ni masih belum dapat lagi, agaknya mungkin 25.7 ni kot? Ingatkan sempatlah dapat sebelum raya. Hajatnya nak bagi duit raya dekat budak-budak, tapi takda rezeki lah nak buat macam mana. Boleh tahan juga struggle dalam kehidupan nak pergi kerja takda gaji ni. Baju raya nak beli sendiri pun tak lepas haha. Harapnya segala urusan gaji ni selesai la bulan ni.

Bila dah syok sangat menulis ni tak perasan dah entry ni jadi sebuah novel dan dah boleh dibukukan (cuma takda orang nak beli lah haha). Ingatkan takda idea nak tulis apa, sekali haaa ambik kau. Memang dasar Seorang Syed, bila menulis tak reti nak berhenti. Okaylah aku rasa setakat ini sahaja entry aku pada kali ini. Terima kasih kalau ada yang sudi membaca diari Aidilfitri Seorang Syed yang tak fun langsung ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua! :)

SEORANG SYED DOT COM LULUS AKAUN PENUH ADSENSE

$
0
0
Lulus Akaun Penuh AdSense (Hosted Account)

Assalamualaikum dan Hai!

Alhamdulillah, hari ini dalam sejarah. Blog SeorangSyed.com dah lulus akaun penuh (hosted account) untuk Google Adsense. Untuk pengetahuan semua (kalau ada yang tak tahu lagi la), blog aku ni baru tukar domain beberapa bulan yang lalu. Bila tukar domain ni, faham-faham la kan. Memang automatik kau kena apply baru untuk menggunakan AdSense dekat website baru kau. It happened to me as well. Aku baru lulus AdSense dalam satu minggu, lepastu aku terus tukar domain dan tak dapat dah guna AdSense. 

Sebenarnya bila kau buat permohanan semula untuk akaun penuh AdSense ni bukannya senang nak kena approve! Nak menunggu dia punya result tu sempat lah kau bercinta beberapa bulan dulu baru boleh dapat. Bila dah tahu result pula, kena reject. Dah la tunggu lama lepastu kena reject pula haha mana tak syahdu kan? Nak buat macam mana, kita nak cari makan ni kenalah bersabar sikit. Sabar itu kan separuh daripada iman? (Ustaz mode: ON)

Yes, aku tahu aku memang dah lama tak update blog. Silap haribulan aku dah lupa pun macam mana nak menulis blog. Tapi tiba-tiba pula AdSense baik hati nak approve permohonan aku. Actually antara sebab aku malas nak tulis blog ialah sebab dah takda AdSense ni sebenarnya haha. Aku decide, kalau permohonan dah diapprove, baru aku akan usaha juga nak update walaupun busy kalah perdana menteri kita. Hampa juga bila permohonan demi permohonan aku kena reject dengan alasan insufficient content. Hampir 3 kali juga aku apply tapi semua kena reject. Memang patut pun bila fikir balik, sebab total posts aku dekat blog ni ada 80 SAHAJA. Mungkin you should have at least 100 posts kot before applying for AdSense.
KENA REJECT DAN APPROVE DALAM HARI YANG SAMA

Kena Reject Dengan Google AdSense

E-mail yang aku dapat ni bertarikh 12 Julai 2017 pada jam 8.42 pagi. Bila dapat email dari AdSense ni aku dah dapat agak dah actually, mesti kena reject punya and yeah betul lah expectation aku. Aku move on jelah dengan hidup aku. Pergi sekolah macam biasa dan lupakan pasal blog. 

Lulus Permohonan Akaun Penuh Google AdSense

Tapi yang ajaibnya, malam tu juga pukul 11.27 waktu orang dah nak tidur tiba-tiba dapat lagi email daripada Google AdSense. Kali ni dia kata aku punya website dah diapprove untuk letakkan iklan AdSense. Apa lagi! Melompat lah Seorang Syed dengan gembiranya (okay tipu). Rasa macam tak expect pun boleh kena reject lepastu tiba-tiba nak pula dekat aku ni. 
KENA TUNGGU SAMPAI BILA?
Bila dah kena approve ni, aku expect iklan tu terus keluar lah dekat blog. Tiba-tiba bila aku check memang takda langsung keluar iklan. Aku ingatkan mungkin aku salah letak code dia atau ada kesilapan lain. So, aku biarkan sahaja dulu dalam beberapa jam sebab dia cakap "within a few hours, you will begin to see live ads". Tapi ni dah nak masuk 2 hari still tiada khabar berita dari iklan AdSense.

Berbekalkan kekalutan aku sebab iklan tak keluar dekat blog, aku pun gigih la search dekat Google untuk cari apa puncanya. Macam-macam dah aku adjust dekat dashboard AdSense tu sebab nak bagi ikan keluar. Namun, masih hampa. Sehinggalah aku terjumpa satu article daripada AdSense yang membuatkan aku rasa lega sedikit bila baca.

Sebab Kenapa Iklan Google AdSense Tidak Keluar di Blog
So, segala misteri telah pun terungkai. Konklusi dia, kalau kau punya account AdSense kena reject at the first place, server dia terus block kau punya website untuk tunjuk iklan dari AdSense. Lepastu, bila dia dah approve pula, of course kau kena tunggu pihak AdSense untuk update mereka punya server. Bila main bab server ni bukannya macam on/off computer dah settle. Kena tunggu sehingga 48 jam untuk iklan keluar dekat blog. Setakat ni tak sampai lagi 48 jam aku tunggu.

Begitulah ceritanya perjalanan blog Seorang Syed dalam mendapatkan akaun penuh AdSense haha. Banyak perkara yang aku tak tahu lagi pasal AdSense ni, nak baca tips pun tak sempat. Kalau dengan adanya AdSense ni dapat menjana pendapatan sedikit sebanyak, Alhamdulillah. Harap aku boleh manfaatkan perkara ni. Bagi yang masih tidak diapprove oleh AdSense, banyakkan bersabar. Ikut suggestion yang AdSense bagi tu untuk perbaiki kita punya blog. InshaAllah nanti okay lah tu. Terima kasih kerana sudi membaca catatan panjang berjela bak kereta api ini. 
Viewing all 46 articles
Browse latest View live